Dalam era yang moden ini, sewa kereta menjadi pilihan popular untuk pelbagai tujuan perjalanan.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkhidmatan sewa kereta membuatkan ramai terbantut untuk meneruskan proses ini kerana mempunyai tempahan yang rumit, dan masa yang dihabiskan untuk pergi ke pejabat sewa kereta mungkin menjadi halangan besar bagi ramai individu.
Namun, sekarang terdapat satu inovasi positif dalam industri sewa kereta yang telah mengatasi masalah ini, KLezcar telah memperkenalkan sewa kereta tanpa deposit. Ia melibatkan penggunaan teknologi dan kemudahan aplikasi mudah alih yang menjadikan proses penyewaan kereta lebih mudah, pantas, dan efisien.
Dalam artikel ini, kita akan mengupas dengan lebih mendalam mengenai proses tempahan yang disediakan oleh KLezcar iaitu konsep sewa kereta tanpa deposit dan proses
membuka pintu kereta menggunakan sistem aplikasi dan mengambil dan mengantar sendiri kereta sewa.
Kami akan membincangkan bagaimana aplikasi mudah alih dan sistem self pickup ini telah mengubah pemikiran pelanggan menyewa kereta, memberikan mereka lebih kawalan dan keselesaan dalam setiap perjalanan.
Bukan itu sahaja malah memberikan kemudahan bagi kedua-dua pihak dalam proses menyewa kereta.
Jom baca!
3 Kelebihan Menyewa Kereta Dengan KLezcar
Kemudahan dan keselesaan adalah keutamaan kami.
Disebabkan itu kami telah mencipta satu inovasi bagi memudahkan pelanggan kami dalam membuat proses tempahan kereta.
Berikut adalah 3 kelebihan menyewa kereta dengan KLezcar sebagai panduan anda.
1. Zero Deposit
Zero deposit kereta sewa bermakna anda tidak perlu membayar deposit yang besar sebelum mengambil kereta sewa dari kami.
Deposit yang tinggi adalah salah satu faktor yang mungkin menghalang ramai individu daripada menyewa kereta, tetapi dengan pilihan tanpa deposit ini bukan lagi penghalang malah memberikan pelanggan keyakinan bahawa mereka boleh menyewa kereta tanpa tekanan kewangan yang besar.
Ini kerana terdapat sesetengah perkhidmatan sewa kereta mengenakan jumlah deposit kepada pelanggan mereka, antara sebabnya adalah untuk memastikan kereta mereka dalam keadaan yang baik.
Dengan KLezcar anda tidak perlu risau memikirkanya, tiada sebarang deposit akan diminta malah anda hanya perlu bayar jumlah tempoh berapa hari anda menyewa kereta dengan kami.
2. Buka Kunci Kereta Menggunakan Aplikasi Sahaja
Seiring dengan kemodenan sekrang pelbagai inovasi telah dicipta bagi memudahkan urusan individu.
Di KLezcar kami telah mencipta satu inovasi yang sesuai dan mudah dalam proses tempahan kereta.
Pelanggan tidak perlu lagi untuk pergi ke kaunter untuk mendapatkan kunci kereta tetapi mereka hanya boleh membuka kereta sewa kami melalui aplikasi sahaja.
Mudah kan?
3. Self Pickup: Pengambilan Sendiri dengan Kemudahan Lokasi
Sistem self pickup adalah ciri menarik yang ditawarkan oleh perkhidmatan sewa kereta seperti Klezcar.
Ini membolehkan anda untuk mengambil kereta sewa dengan lebih fleksibel.
Anda boleh memilih lokasi pengambilan yang sesuai dengan anda, sama ada di lapangan terbang, atau lokasi yang lain.
Ini menjadikan pengambilan kereta lebih mudah dan boleh dilakukan pada masa yang sesuai dengan jadual anda.
Anda boleh menetapkan sendiri dimana anda ingin mengambil kereta sewa kami. Dengan cara ini dapat menjimatkan masa serta memudahkan urusan pelanggan.
Mereka perlu membuat temu janji atau set appointment terlebih dahulu dan nyatakan di mana mereka ingin mengambil kereta.
Klezcar Perkhidmatan Sewa Kereta Terbaik
Memilih kereta sewa yang betul merupakan langkah penting dalam memastikan perjalanan anda selamat ke destinasi yang ingin dituju.
KLezcar adalah pilihan yang tepat dalam memilih perkhidmatan sewa kereta yang terbaik di Malaysia.
Terdapat banyak pilihan kereta sewa yang ada di Malaysia, kami sarankan anda boleh memilih perkhidmatan sewa kereta kami Klezcar.
Kami mempunyai lebih 130 cawangan di Malaysia dan lebih daripada 2000 kereta sewa yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda.
Jom ketahui kenapa anda perlu memilih Klezcar:
1. Ambil dan Pulang Kereta di Lokasi Berlainan
Anda boleh mengambil dan memulangkan kereta sewa pada lokasi yang berlainan. Mudahkan?
Bagi mendapatkan perkhidmatan ini anda perlu menyewa kereta dalam tempoh 3 hari dan terdapat caj tambahan yang dikenakan.
Mempunyai lebih 130 cawangan di seluruh Malaysia, anda jangan risau untuk menyewa kereta di mana- mana sahaja.
Hubungi terus pihak kami untuk mendapatkan lokasi atau tempat untuk mengambil kereta.
2. Sokongan Kecemasan 24 jam
Malang tidak berbau.
Menggunakan kereta sewa dan mengalami sebarang perkara yang tidak diingini adalah perkara di luar jangkaan kita.
Anda jangan risau, kerana kami di Klezcar menyediakan perkhidmatan sokongan kecemasan 24 jam untuk membantu anda di seluruh negara.
3. Pemanduan Tanpa Had
Dengan memilih kami sebagai kereta sewa anda, tiada sebarang halangan atau had dalam pemanduan.
Anda boleh memandu sejauh mana yang anda nak memandangkan kami mempunyai lebih 130 cawangan di seluruh Malaysia.
Selagi anda memandu di dalam Malaysia ia adalah dibenarkan dan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini anda boleh menghubungi pasukan sokongan kami yang beroperasi 24 jam untuk membantu anda di mana sahaja anda berada.
4. Proses Tempah Kereta Tanpa Kertas
Kami menyediakan platform atas talian yang memudahkan anda untuk membuat tempahan kereta sewa.
Anda boleh menempah melalui laman web kami dan juga aplikasi.
Apa yang menariknya jika anda menempah melalui aplikasi kami anda boleh mendapat diskaun RM10 untuk tempahan kali pertama.
5. Kumpul EazyPoint dan Dapatkan Ganjaran
Sambil menyewa kereta dengan kami, anda juga boleh menikmati ganjaran EazyPoint.
Dengan poin yang terkumpul anda boleh menebus EazyPoint dengan membeli barang di EazyMart.Jimat kan?
6. Sewa Harga Kereta yang Berpatutan
Mencari kereta sewa dengan harga berpatutan dan mengikut bajet anda?
Kami lah jawapan yang anda cari.
Kami menawarkan harga sewa kereta yang berpatutan yang bersesuaian dengan kewangan anda.
Mempunyai lebih 2000 jenis kereta sewa, anda boleh pilih jenis kereta yang diinginkan mengikut bajet anda.
7. Proses Tempahan Sepantas 3 minit
Tempahan sewa tanpa kertas membuatkan proses tempahan menjadi lebih singkat dan dan mudah.
Tidak perlu sebarang dokumen fizikal hanya memohon tempahan melalui laman web dan aplikasi yang telah kami sediakan untuk anda.
Tiada lagi perlu datang ke kaunter untuk membuat sebarang pertanyaan atau memilih kereta.
Anda boleh melihat jenis kereta di laman web kami.
Jadi tunggu apa lagi, hubungi kami terus bagi menempah kereta sewa anda yang pertama!