Perkembangan teknologi moden berasaskan sistem sesawang dan talian internet memudahkan anda mencari pelbagai maklumat dan servis yang diperlukan.
Teknologi ini mewujudkan pelbagai peluang dan potensi seperti laman media sosial yang mampu menghubungkan anda dengan dunia luar dalam memastikan urusan dapat berjalan dengan lancar dan berterusan.
Dalam era dunia tanpa sempadan, pelanggan bukan sahaja dapat membeli barangan secara online, tetapi anda juga boleh mencari dan mendapatkan perkhidmatan lain seperti menyewa kereta sewa.
Sebelum ini, kereta sewa boleh ditempah di kedai kereta sewa setelah anda melihat keadaan kereta tersebut supaya tidak risau berlakunya penipuan dan sebagainya.
Namun, anda perlu menghabiskan sedikit masa dan tenaga untuk keluar rumah mencari kereta sewa serta menempahnya. Anda juga perlu kembali ke sana sekali lagi untuk mengambilnya pada hari sewaan yang ditetapkan.
Kini, membuat tempahan kereta sewa online atau di website lebih mudah dan pantas. Apa tidaknya, dengan kemudahan teknologi di hujung jari anda, anda boleh memilih pelbagai jenis kereta sewa untuk ditempah.
Ini antara kelebihan membuat tempahan kereta sewa secara online di laman web KLezcar.
Kelebihan Tempahan Kereta Sewa Online
Zaman telah berubah, mudahnya buat tempahan kereta sewa online di laman web yang disediakan oleh pemilik syarikat kereta sewa. Ramai pengguna yang telah bertukar dengan menggunakan medium internet untuk mencari kereta sewa terbaik di seluruh Malaysia.
Sama ada anda menggunakan telefon bimbit, komputer atau komputer riba (laptop), anda tetap boleh buat tempahan kereta sewa online melalui laman web syarikat kereta sewa yang anda inginkan.
#1 Real-Time Booking
Kelebihan tempahan kereta sewa di laman web adalah ia boleh dibuat secara real-time! Ini bermaksud apabila anda mahu membuat tempahan, maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini dan telah dikemas kini.
Contohnya, sebaik sahaja anda memasukkan pick-up dan return location, tarikh serta masa pick-up dan return kereta sewa, senarai kereta sewa yang available akan tersedia secara real-time.
Anda boleh memilih pelbagai jenis kereta sewa berdasarkan gambar dan maklumat kereta yang tersedia. Kemudian pilih mana-mana kereta yang anda mahukan mengikut bajet dan kesesuaian.
Maklumat yang diberikan ketika menempah kereta sewa di laman web lebih pantas, tepat dan mudah untuk anda rujuk kembali.

#2 Lebih Pantas & Efisien
Kelebihan tempahan kereta sewa online ini adalah lebih pantas dan mudah. Ia membolehkan anda menyiapkan dua kerja dalam satu masa.
Sambil menyiapkan kerja atau urusan anda secara online, anda boleh terus menempah kereta sewa sambil minum teh atau kopi di pejabat anda. Anda juga boleh mendapatkan testimonial pelanggan dengan membaca apa kata pengguna yang telah menggunakan kereta sewa daripada KLezcar.
Sistem laman web KLezcar adalah mesra pelanggan dan mudah digunakan.

#3 Lebih Profesional & Bergaya
Tempahan kereta sewa secara online lebih profesional kerana proses tempahan direkodkan di sistem dengan mengaplikasikan teknologi terkini yang memudahkan pengguna.
Selain itu, tempahan kereta sewa di laman web atau aplikasi KLezcar lebih up-to-date dan mengikut trend teknologi semasa yang lebih canggih. So, anda kelihatan lebih bergaya apabila buat tempahan online!
#4 Lebih Sistematik & Efektif
Sistem tempahan online lebih sistematik dan efektif sekali gus membantu syarikat kereta sewa menyimpan semua rekod tempahan pelanggan atau sesiapa sahaja yang berminat dengan kereta sewa.
Lagipun pelanggan lebih mudah memahami langkah-langkah sewaan kereta kerana sistem yang dibina adalah mesra pelanggan kerana menerapkan konsep user interface dan user experience (UI/UX).

#5 Jimat Masa, Tenaga dan Wang
Apabila anda membuat tempahan kereta sewa secara online, anda dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang kerana tidak perlu berulang-alik ke kedai kereta sewa untuk membuat tempahan.
Anda juga tidak perlu berpanas, beratur panjang atau menunggu lama untuk berurusan di kaunter sebelum mendapatkan kereta sewa yang diingini. Anda juga tidak perlu mengisi apa-apa borang yang panjang dan menyukarkan anda.
Urusan membuat tempahan kereta sewa lebih mudah, senang dan pantas jika anda membuat tempahan di laman web KLezcar. Ini kerana anda hanya perlu memilih lokasi pick-up dan return kereta sewa serta tarikh dan masa yang diinginkan.

3 Sebab Anda Perlu Sewa Kereta KLezcar?
Sebagai sebuah syarikat kereta sewa, KLezcar menyediakan perkhidmatan sewaan kenderaan kepada orang ramai yang memerlukan kereta untuk satu tempoh tertentu.
Berbeza dengan syarikat sewa kereta lain, KLezcar adalah jenama kereta sewa yang dikenali dan dipercayai. KLezcar mempunyai rangkaian sokongan yang meluas di seluruh Malaysia.
KLezcar yang ditubuhkan pada tahun 2014 kini beroperasi dengan lebih daripada 70 buah cawangan di seluruh negara.
Klezcar telah mendapat sijil daripada Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta telah dinilai oleh SME Corp.
Oleh itu, Klezcar adalah syarikat yang boleh dipercayai dalam menyediakan perkhidmatan kereta sewa.
Berikut adalah tiga sebab utama anda perlu menyewa kereta sewa dengan KLezcar:
#1 Lokasi Pick-Up & Return Berbeza
Pelanggan boleh memilih lokasi pick-up dan return kereta yang berbeza bagi memudahkan perjalanan mereka.
Misalnya pelanggan boleh pick-up kereta sewa di Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur dan memulangkan kenderaan di Ayer Keroh, Melaka atau mana-mana lokasi lain yang disediakan KLezcar.
Bagi contoh di atas, pelanggan hanya perlu mengikut syarat yang ditetapkan iaitu minimum sewaan kereta tiga hari untuk lokasi pick-up dan return berbeza.
Bukan sahaja lokasi pick-up dan return kereta yang berbeza, anda juga boleh memilih tarikh dan masa berbeza untuk mengambil dan memulangkan kereta.
Anda ada masa yang banyak bermula dari jam 9 pagi hingga 11 malam untuk mengambil atau memulangkan kereta yang disewa.
#2 Variasi Model & Varian Kereta
KLezcar mempunyai bilangan kereta sewa yang banyak iaitu lebih 1,000 buah kereta di seluruh negara untuk pilihan pengguna.
Kereta ini boleh didapati dalam pelbagai jenis, model dan varian untuk memudahkan pengguna membuat pilihan berdasarkan kereta yang dikehendaki, jumlah penumpang dan jenis aktiviti yang ingin dilakukan.
KLezcar menawarkan kereta sewa jenis kompak, sedan, SUV, MPV dan juga kereta sewa jenis 4×4 yang boleh didapati dalam keadaan yang terjaga, bersih dan baik.
#3 Tiada Had Jarak Pemanduan
Pelanggan tidak perlu risau untuk memandu ke mana-mana sahaja destinasi yang dikehendaki kerana KLezcar tidak meletakkan had limit jarak pemanduan.
Anda boleh memandu dari Kuala Lumpur ke Kelantan, Johor mahupun Kedah tanpa perlu bimbang dengan had limit jarak pemanduan. Tetapi, had laju di jalan raya atau lebuh raya kena patuhi tau! Pandu cermat, jiwa selamat.

Tunggu apa lagi, jom tempah kereta sewa secara online di KLezcar!