
Adakah anda sedang merancang untuk berjalan dan kali ini anda ingin menggunakan perkhidmatan kereta sewa?
Dalam memilih kereta sewa ini kadangkala memang agak mengelirukan jika anda pertama kali menggunakan perkhidmatan kereta sewa.
Terdapat banyak pilihan kereta sewa yang ada membuatkan anda tidak tahu untuk memilih dalam menepati kehendak anda sendiri.
Tapi anda jangan risau, dalam artikel kali ini kami akan berkongsi dengan anda beberapa tips penting yang perlu anda tahu sebelum anda menggunakan perkhidmatan kereta sewa. Melalui tips ini juga perjalanan anda akan menjadi lebih lancar dan selamat.
Jom semak bersama.
Tips Memilih Kereta Sewa Untuk Beginner
1. Tahu Tujuan Anda
Perkara pertama dalam memilih kereta sewa adalah anda perlu tahu tujuan menggunakan kereta sewa.
Apakah keperluan anda menggunakan perkhidmatan kereta sewa ini.
Beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan ialah jumlah penumpang, tempoh masa perjalanan, jenis kereta yang anda inginkan sama ada automatic atau manual dan bajet kewangan anda.
Bagi anda pengguna pertama kali, pastikan anda jelas tujuan anda dalam memilih kereta sewa.
Adakah anda merancang perjalanan untuk membawa bersama keluarga atau bersendirian?
Apabila anda jelas dengan tujuan ini anda boleh mempertimbangkan pula faktor dalam memilih kereta sewa yang betul.
2. Jenis dan Saiz Kenderaan
Setelah anda kenal pasti tujuan, panduan seterusnya adalah anda perlu tahu jumlah penumpang yang bersama anda.
Setiap jenis kereta mempunyai saiz yang mengikut jumlah penumpang.
Jika anda membawa saiz keluarga yang agak ramai kereta jenis SUV adalah kereta yang sesuai untuk anda pilih.
Ini untuk memastikan semua ahli keluarga anda selesa sepanjang dalam perjalanan.
Manakala jika hanya beberapa orang, kereta bersaiz kecil seperti sedan adalah pilihan tepat.
Selain itu juga pilih kenderaan yang mempunyai ruang selesa di dalamnya serta ruang bagasi yang mencukupi.
Memilih jenis dan saiz kenderaan yang tepat dapat memastikan perjalanan anda selamat dan selesa.
3. Kemampuan Bajet
Antara tips yang paling penting untuk anda pertimbangkan adalah kemampuan bajet.
Sebelum anda memilih kereta sewa, semak harga pada setiap syarikat perkhidmatan menyewa kereta, dan bandingkan harga mereka untuk mendapatkan tawaran terbaik mengikut kesesuaian bajet anda.
Kadar sewa kereta juga boleh berbeza berdasarkan faktor seperti lokasi, musim dan tempoh penyewaan kereta.
Bagi mendapatkan kadar sewa yang mengikut bajet, anda dinasihatkan untuk menempah kereta lebih awal.
Kelebihan jika anda menempah kereta dengan lebih awal, anda boleh mendapatkan diskaun dan juga pelbagai tawaran yang menarik disediakan oleh syarikat sewa kereta.
4. Kaji Selidik Syarikat Sewa Kereta
Setelah anda mengenal pasti tujuan, saiz kereta dan bajet, anda perlu membuat sedikit kaji selidik terhadap syarikat sewa kereta pilihan anda.
Pertama sekali, anda perlu membaca ulasan atau review dalam talian (online) untuk mendapatkan sedikit gambaran tentang pengalaman mereka menggunakan perkhidmatan kereta sewa tersebut.
Selain mendapatkan ulasan di atas talian, anda juga boleh mencari dan membaca blog untuk mendapatkan lebih banyak maklumat yang berkenaan.
Baca polisi serta syarat yang telah ditetapkan untuk mengelakan isu berbangkit kelak.
Bandingkan juga dengan senarai syarikat sewa kereta yang telah anda pilih dalam menepati kesesuaian bajet anda.
5. Proses Tempahan Kereta
Bagi membuat tempahan kereta sewa, anda boleh gunakan pelbagai platform yang disediakan secara atas talian seperti aplikasi kereta sewa atau terus menempah melalui laman web mereka atau cara paling mudah adalah membuat panggilan terus kepada mereka.
Nyatakan juga tarikh dan lokasi untuk anda mengambil kereta dan menghantar dokumen yang diperlukan oleh pihak syarikat kereta sewa.
Pastikan juga semua maklumat yang diberikan itu betul dan tepat bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Dapatkan juga salinan pengesahan tempahan melalui email anda.
Terakhir ialah anda boleh membuat pembayaran sewa kereta melalui kaedah saluran pembayaran pilihan anda.
Pastikan anda membaca terma dan syarat pembayaran termasuk jika mempunyai caj tambahan yang berkaitan.
Klezcar Perkhidmatan Sewa Kereta Terbaik
Memilih kereta sewa yang betul merupakan langkah penting dalam memastikan perjalanan anda selamat ke destinasi yang ingin dituju.
Dengan kesemua tips yang kami kongsikan ini dapat memberikan anda gambaran yang lebih jelas lagi cara dan tips untuk memilih kereta sewa yang tepat dan memenuhi kehendak anda.
Terdapat banyak pilihan kereta sewa yang ada di Malaysia, kami sarankan anda boleh memilih perkhidmatan sewa kereta kami Klezcar.
Kami mempunyai lebih 130 cawangan di Malaysia dan lebih daripada 2000 kereta sewa yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda.
Jom ketahui kenapa anda perlu memilih Klezcar:
1. Ambil dan Pulang Kereta di Lokasi Berlainan
Anda boleh mengambil dan memulangkan kereta sewa pada lokasi yang berlainan. Mudahkan?
Bagi mendapatkan perkhidmatan ini anda perlu menyewa kereta dalam tempoh 3 hari dan terdapat caj tambahan yang dikenakan. Caj tambahan ini berbeza-beza mengikut jarak lokasi ambil dan pulang.
Mempunyai lebih 130 cawangan di seluruh Malaysia, anda jangan risau untuk menyewa kereta di mana- mana sahaja.
Hubungi terus pihak kami untuk mendapatkan lokasi atau tempat untuk mengambil kereta.
2. Sokongan Kecemasan 24 jam
Malang tidak berbau.
Menggunakan kereta sewa dan mengalami sebarang perkara yang tidak diingini adalah perkara di luar jangkaan kita.
Anda jangan risau, kerana kami di Klezcar menyediakan perkhidmatan sokongan kecemasan 24 jam untuk membantu anda di seluruh negara.
3. Pemanduan Tanpa Had
Dengan memilih kami sebagai kereta sewa anda, tiada sebarang halangan atau had dalam pemanduan.
Anda boleh memandu sejauh mana yang anda nak memandangkan kami mempunyai lebih 130 cawangan di seluruh Malaysia.
Selagi anda memandu di dalam Malaysia ia adalah dibenarkan.
4. Proses Tempah Kereta Tanpa Kertas
Kami menyediakan platform atas talian yang memudahkan anda untuk membuat tempahan kereta sewa.
Anda boleh menempah melalui laman web kami dan juga aplikasi.
Apa yang menariknya jika anda menempah melalui aplikasi kami anda boleh mendapat diskaun RM10 untuk tempahan kali pertama.
5. Kumpul EazyPoint dan Dapatkan Ganjaran
6. Buka Dan Kunci Kereta Menggunakan Aplikasi
Tiada kunci diperlukan. Ya kami ulang sekali lagi tiada kunci diperlukan jika anda menyewa kereta sewa kami.
Anda perlu membuka dan kunci kereta melalui laman web kami dan aplikas dan nikmati perjalanan anda dengan selesa.
7. Sewa Harga Kereta yang Berpatutan
Mencari kereta sewa dengan harga berpatutan dan mengikut bajet anda? Kami lah jawapan yang anda cari.
Kami menawarkan harga sewa kereta yang berpatutan yang bersesuaian dengan kewangan anda.
Mempunyai lebih 2000 jenis kereta sewa, anda boleh pilih jenis kereta yang diinginkan mengikut bajet anda.
8. Proses Tempahan Sepantas 3 minit
Tempahan sewa tanpa kertas membuatkan proses tempahan menjadi lebih singkat dan dan mudah.
Tidak perlu sebarang dokumen fizikal hanya memohon tempahan melalui laman web dan aplikasi.
8. Proses Tempahan Sepantas 3 minit
Kami di Klezcar tidak mengenakan sebarang deposit atau Security Deposit kepada pelanggan kami.
Ini kerana ada sesetengah syarikat sewa kereta meminta deposit sebagai cagaran jika berlaku sebarang kerosakan dalam tempoh sewaan kereta mereka
Anda perlu membayar jumlah kereta sewa sahaja tapi deposit.
Ini adalah salah satu kelebihan yang kami ada berbanding dengan syarikat kereta sewa yang lain.
Jadi tunggu apa lagi, hubungi kami terus bagi menempah kereta sewa anda yang pertama!