Aktiviti Menembak Klezcar 2017
***
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !
Baru-baru ini, 8 orang wakil dari Klezcar telah menyertai kelas latihan menembak di Kelab Menembak Diraja Klang. Bagi yang belum tahu, Klezcar adalah sebuah syarikat yang menyediakan servis kereta sewa untuk rakyat Malaysia. Untuk blog kali ini, kami hanya ingin kongsikan tentang aktiviti yang telah kami lakukan pada bulan lalu iaitu MENEMBAK.

Menurut mereka yang menyertai aktiviti ini, masa yang telah diluangkan sangat membawa manfaat kerana sesi ini bukan semata-mata tertumpu pada belajar menembak senjata sahaja tetapi mereka turut juga diberi pendedahan dalam aspek pengendalian, keselamatan serta disiplin senjata api.

Sepanjang aktiviti, perkongsian dan bimbingan adalah daripada jurulatih-jurulatih bertauliah (terdiri daripada bekas anggota keselamatan). Hasil tunjuk ajar mereka, peserta-peserta juga diberi peluang mempraktikkan apa yang telah dipelajari serta merasai sendiri pengalaman menembak.
Tembakan 5m, 10m dan 20m (plate) telah dilakukan dan di dalam 4 sesi ini faktor ketepatan dan faktor konsistensi amatlah dititikberatkan. Selain itu, pelajaran penting ketika ingin melepaskan tembakan adalah mestilah dalam keadaan fokus dan tenang bukan sekadar “trigger happy”. Perkara-perkara ini sekaligus dapat melatih dalam pengendalian emosi peserta terutama dari sudut fokus dan minda supaya tenang dan sabar.

Ingat ya..
Bukan ketepatan yang harus kita cari,
Namun ketekunan itu adalah lebih utama.
Kerana, pada tekun akan melahirkan tenang,
dan dari tenang itulah berhasilnya tepat.
***
Terima Kasih Semua ! Semoga berjumpa lagi di masa akan datang .

Bagi yang memerlukan kereta sewa, berikut 2 cara yang anda boleh lakukan :
Tempahan online | www.klezcar.com
Hubungi (Talian 24 Jam) | 1300-88-4040
Klezcar.com
Kereta Sewa Di Seluruh Malaysia
Cars For Everyone, Anytime & Anywhere

