Langkah 1: Muat turun Aplikasi KLEZCAR
Buka App Store atau Google Play Store.
Cari Aplikasi “KLEZCAR” dan muat turun Aplikasi.
atau klik link di bawah
Android https://bit.ly/2T7ybro
Langkah 2: Pendaftaran
Buka Aplikasi KLEZCAR yang dimuat turun.
Daftar menggunakan alamat e-mel yang aktif.
Langkah 3: Sahkan E-mel
Semak peti masuk e-mel anda.
Buka e-mel pengesahan daripada KLEZCAR dan tekan pautan pengesahan.
Langkah 4: Masukkan Permohonan
Kembali ke Aplikasi KLEZCAR dan log masuk menggunakan maklumat yang anda daftarkan.
Langkah 5: Lengkapkan Maklumat Profil
Isikan maklumat yang diperlukan pada profil anda.
Langkah 6: Muat Naik Dokumen
Muat naik foto IC, lesen memandu dan swafoto bersama ic anda.
Langkah 7: Tandatangan
Tandatangan dengan mengikuti garis panduan yang disediakan pada Aplikasi.
Langkah 8: Tunggu Kelulusan
Tunggu sehingga akaun anda diluluskan, yang biasanya mengambil masa maksimum 24 jam.
Sekiranya anda memerlukan kelulusan segera, hubungi melalui WhatsApp di wa.me/60136454040.
Langkah 9: Mula Membuat Pesanan
Setelah akaun anda diluluskan, boleh terus membuat tempahan kereta.
Langkah 10: Pilih Kaedah Pembayaran
Anda boleh memilih kaedah pembayaran, seperti Perbankan Dalam Talian, Kad Debit/Kredit, atau e-dompet seperti Touch ‘n Go, Maybank2u, ShopeePay, Boost, GrabPay atau Alipay.
Jika anda ingin membayar tunai, pergi ke cawangan KK atau 7-Eleven dan imbas kod bar dari pesanan anda.
Langkah 11: Periksa Butiran Pesanan
Anda akan menerima butiran pesanan anda dalam Aplikasi dan melalui e-mel, termasuk nombor plat kereta dan lokasi tempat letak kereta.
Pastikan betul.
Langkah 12: Ambil Foto kereta
Ambil gambar kereta dari keempat-empat sudut dan muat naik ke dalam Aplikasi.
Langkah 13: Akses kereta
Gunakan Aplikasi untuk membuka pintu kereta; Kunci kereta biasanya berada di dalam laci kecil kereta.
Langkah 14: Selamat Memandu
Selepas membuka pintu kereta. Anda telah selesai proses pickup kereta.
Selamat memandu!