Cara Tempahan Kereta Sewa Online


 

Membuat tempahan kereta sewa secara online adalah satu kemudahan yang wajar digunakan sepenuhnya jika anda ingin mencari kereta sesuai untuk digunakan ketika bercuti ataupun urusan kerja.

Namun, masih ada segelintir pelanggan yang masih tidak pasti dan tidak tahu bagaimana untuk membuat tempahan kereta sewa secara online.

Jadi, kebanyakannya lebih gemar memilih untuk ‘walk-in‘ ke kedai kereta sewa atau tempah secara terus melalui telefon.

Sebenarnya tidak susah untuk menempah kereta sewa di laman web kerana maklumat telah tersedia di hujung jari anda. Dalam blog ini, ketahui langkah satu demi satu cara buat tempahan kereta sewa secara online.

Ikuti LIMA (5) langkah-langkah mudah di bawah untuk memahami proses menempah kereta

 

Cara untuk menempah kereta secara online di laman web KLezcar

 

#1 Log In Akaun

Sebaik sahaja anda memasuki laman web KLezcar, Log In akaun anda dengan memasukkan e-mel dan kata laluan yang telah didaftarkan.

Jika anda belum berbuat demikian, boleh rujuk blog ini untuk mengetahui cara untuk mendaftar akaun di laman web KLezcar.

#2 Buat Tempahan Kereta Sewa

Selepas berjaya mendaftar masuk, anda boleh terus membuat tempahan dengan menekan butang ‘Book Now’ di bar menu di halaman utama laman web.

 

 

Tempahan kereta sewa terus boleh dibuat dengan memasukkan lokasi pick-up kereta sewa yang dikehendaki oleh pelanggan.

Jika anda tidak pasti lokasi pick-up kereta sewa yang berdekatan, anda boleh memilih lokasi yang disenaraikan dengan menekan butang drop down di carian yang disediakan.

 

 

Ulangi langkah sama seperti di atas untuk memilih lokasi untuk memulangkan kereta sewa.

 

 

KLezcar memberikan kemudahan dan fleksibiliti kepada pelanggan untuk memilih lokasi pick-up dan return kereta sewa.

Ini bermakna, pelanggan boleh memilih lokasi pick-up dan return kereta sewa yang sama.

 

ATAU, anda juga boleh memilih lokasi pick-up dan return kereta sewa yang berbeza asalkan destinasi yang dikehendaki pelanggan terdapat dalam sistem.

Namun, jika anda memilih lokasi pick-up dan lokasi return kereta sewa yang berbeza, anda perlu menyewa kereta sekurang-kurangnya tiga hari.

Notifikasi ringkas akan pop-up di laman web untuk mengingatkan pelanggan supaya berbuat demikian.

 

 

Kemudian anda hanya perlu memasukkan tarikh pick-up kereta sewa dengan memilih tarikh daripada kalendar maya yang disediakan.

 

 

Ulangi langkah sama seperti di atas untuk memilih tarikh memulangkan kereta sewa.

 

 

Seterusnya, anda hanya perlu memasukkan masa untuk pick-up kereta sewa dengan memilih masa untuk mengambil dan memulangkan kereta sewa.

Masa yang diberikan untuk memulangkan kenderaan yang disewa adalah fleksibel iaitu antara pukul 9 pagi hingga pukul 10 malam.

 

 

 

 

Sebelum anda ke proses selanjutnya untuk memilih kereta sewa, anda akan diminta untuk Log In akaun terlebih dahulu jika masih belum berbuat demikian.

Anda akan menerima notifikasi ringkas yang meminta anda untuk berbuat demikian. Ini penting bagi membolehkan proses tempahan kereta dapat dibuat dengan lebih lancar.

 

Pelanggan masih boleh menukar maklumat tempahan bagi menyemak kereta sewa yang available secara real-time di laman web.

 

 

Sebaik sahaja butiran tempahan dimasukkan, hanya kereta sewa yang ada sahaja akan disenaraikan mengikut lokasi, tarikh dan masa yang dipilih oleh pelanggan.

Tempahan online secara real-time akan memberi kelebihan kepada pengguna kerana maklumat yang dipaparkan di laman adalah yang terkini dan telah dikemas kini.

Ini bermaksud, pelanggan boleh melihat kereta apa yang masih ada dan yang sudah siap ditempah pelanggan lain.

 

 

Tempahan kereta sewa terus boleh dibuat dengan menekan butang ‘Book Now’. Butiran kereta sewa yang ditempah akan diperincikan kepada pelanggan seperti gambar di bawah.

Contohnya kereta jenis Perodua Alza mempunyai ciri-ciri seperti:

  • 7 tempat duduk – Mampu memuatkan tujuh orang penumpang
  • 4 pintu – Pintu pemandu, pintu penumpang depan dan dua pintu penumbang belakang
  • 4 bagasi – ruang boot kereta yang boleh memuatkan sehingga 4 beg bagasi
  • Pendingin hawa
  • Automatik

 

 

 

#3 Mengisi Maklumat Pemandu

 

Jika anda sudah memiliki akaun di laman web KLezcar, maklumat pemandu akan terpapar secara automatik di ruangan seperti di bawah.

Pastikan anda menyemak butiran ini satu persatu bagi memastikan maklumat yang dimasukkan betul supaya proses tempahan kereta sewa berjalan lancar.

 

 

#4 Maklumat Tambahan

Pelanggan boleh memasukkan maklumat sewaan lain seperti tambahan pemandu dan perlindungan Pelepasan Tuntuan Dalam Kerosakan Kemalangan (Collision Damage Waiver /CDW) ketika membuat tempahan kereta sewa online.

Opsyen sewaan ini iaitu tambahan pemandu dan perlindungan CDW akan dikenakan caj lain daripada kadar asas sewaan kereta.

Buat masa ini, caj tambahan pemandu adalah RM25 manakala kadar perlindungan CDW boleh disemak di SINI.

Namun pilihan ini adalah OPTIONAL yang mana pelanggan boleh memilih kedua-duanya ATAU salah satu daripadanya ATAU tidak memilih mana-mana langsung.

 

 

 

Seterusnya, pelanggan boleh memasukkan apa-apa kod promo untuk mendapatkan diskaun sewaan kereta.

Pelanggan boleh mendapatkan promosi-promosi menarik KLezcar yang diuar-uarkan di laman sosial InstagramFacebook dan Youtube.

 

Jika kod promo yang dimasukkan adalah sah, anda akan mendapat notifikasi pop-up yang mengatakan anda berjaya memperoleh diskaun sewaan kereta.

 

 

Namun jika kod promo adalah tidak sah, pelanggan akan menerima notifikasi pop-up yang mengatakan ia tidak berjaya.

Biasanya ini berlaku apabila kod promo yang dimasukkan telah tamat tempoh atau sebab-sebab lain. Itu sebabnya pelanggan perlu membaca serta memahami terma dan syarat promosi yang dibuat oleh KLezcar.

 

 

#5 Membuat Pembayaran

 

Butiran harga kereta sewa akan diberikan kepada pelanggan mengikut jenis kereta yang dipilih.

Caj lain seperti caj tambahan pemandu dan kadar CDW turut akan dipaparkan kepada pelanggan sebelum bayaran penuh dibuat.

 

 

Seterusnya, pelanggan hanya perlu TEKAN ‘Yes’ di bahagian Terma & Syarat Sewaan sebelum menekan butang ‘Confirm Booking’.

Pastikan anda membaca dan faham syarat-syarat yang dikenakan semasa tempoh sewaan kereta.

 

 

Maklumat tempahan kereta sewa dihantar ke e-mel sebagai bukti pembayaran dan rujukan untuk tujuan pengambilan kereta kelak.

Kaedah pembayaran termasuklah menggunakan kad debit, kad kredit atau perbankan online (online transfer) ke akaun KLezcar.

 

Pembayaran juga boleh dibuat di 7-Eleven seperti kaedah dalam infografik di bawah.

 

 

Senang bukan untuk tempah kereta sewa KLezcar secara online atau melalui laman web.

Anda boleh sewa kereta secara online tanpa perlu ke mana-mana dan boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja.

Ramai pengguna kereta sewa yang telah mengenali dan menggunakan perkhidmatan kereta sewa KLezcar.

Ramai berpuas hati dan menjadi pelanggan tetap kerana tidak ada kereta sewa lain yang lebih mudah, pantas dan berkualiti melainkan kereta sewa KLezcar.

Tunggu apa lagi, jom tempah kereta sewa online di KLezcar!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *