Cars For Everyone, Anytime & Anywhere – KLezCar
Cars For Everyone, Anytime & Anywhere – KLezCar

Jelajahi 6 Destinasi Menarik di Seremban 2 bersama Klezcar!

Tahukah anda Seremban 2 ini dibina di atas tapak bekas ladang kelapa sawit. 

Seremban 2 dibina untuk memindahkan perkhidmatan pentadbiran, perniagaan dan pendidikan di Negeri Sembilan. 

Seremban 2 juga adalah sebuah bandar yang terancang yang terletak kira-kira 4 km tenggara pusat bandar Seremban. 

Disini juga anda dapat melihat beberapa pusat beli-belah terkemuka yang ada antaranya Aeon, Tesco, Mydin dan NSK Trade City 

Selain mempunyai pusat beli-belah yang terkemuka, Seremban 2 juga tidak ketinggalan dengan pelbagai tempat menarik yang anda boleh kunjungi bersama keluarga. 

Dalam artikel kali ini kami bawakan anda 6 tempat menarik di Seremban 2 bersama KLezCar teman perjalanan anda sepanjang di Seremban 2!

Seremban

6 Tempat Menarik di Seremban 2

1. Taman Tasik Seremban

Taman Tasik Seremban

Bagi pencinta alam semula jadi rugi sekiranya anda tidak pergi ke Taman Tasik Seremban 2. 

Jika anda ingin bersantai dan melakukan aktiviti bersama keluarga Taman Tasik Seremban 2 merupakan tempat yang sesuai. 

Menghirup udara segar serta berjalan kaki di sekitar tasik ini cukup membuatkan hari anda menjadi lebih produktif. 

Jika anda berjiwa seni, anda juga boleh mengambil gambar di kawasan tasik ini pasti hasil gambar menjadi lebih “hidup”. 

Taman Tasik Seremban 2 juga menawarkan tempat istirahat yang tenang dan damai jauh daripada kesibukan bandar.

2. Seremban 2 Hill Park

Seremban 2 Hill Park

Jika anak anda peminat dinosaur, jom bawa anak anda melihat pelbagai replika dinosaur yang ada di S2 Hill Park. 

Terletak di S2 Heights Seremban 2 ini pasti mengujakan setibanya anda datang disini. 

Pelbagai jenis dinosaur yang ada disini untuk dilihat pada masa anda juga boleh menikmati pemandangan yang cukup indah disini. 

Selain melihat replika dinosaur antara aktiviti yang anda boleh lakukan disini ialah brisk walk, berjogging dan bersantai bersama keluarga. 

Berada di puncak tinggi, untuk sampai kesini anda perlu meletak kereta di bawah dan berjalan kaki selama 15 minit. 

Sambil berjalan anda boleh menikmati udara segar serta pemandangan lereng bukit yang sangat cantik.

2. Seremban 2 Hill Park

Jelita Ostrich Farm

Menyusuri masuk ke ladang ini pasti anda tertarik dengan burung unta yang ada disini. 

Sesuai dengan namanya Jelita Ostrich Farm ini memberikan anda seribu satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. 

Anda dapat menyaksikan sendiri di depan mata  sendiri  burung unta ini. 

Bukan sahaja burung unta, malah disini juga terdapat haiwan lain yang ada seperti angsa, kambing, kuda, itik dan ayam belanda yang menjadikannya lebih menyeronokan.

Antara aktiviti menarik di sini ialah anda boleh memberi makan kepada haiwan yang ada disni, sambil itu juga anda boleh mempelajari haiwan ini dengan lebih mendalam. 

Pasti satu pengalaman yang menyeronokkan untuk anda sekeluarga.

2. Seremban 2 Hill Park

Lorong Seni

Buat anda berjiwa seni Lorong Seni yang terletak di Jalan Dato Bandar Tunggal ini merupakan tempat yang sesuai dengan jiwa anda. 

Lorong Seni yang menampilkan pelbagai genre seperti grafiti, tradisi dan pelbagai lagi lukisan mural yang ada. 

Selain itu Lorong Seni yang bersaiz sepanjang 250 meter ini sesuai juga untuk anda yang sukakan dengan hotspot yang cantik untuk bergambar. 

Dah ambil gambar boleh lah upload di instagram boleh dijadikan sebagai kenangan!

5. Laman Basikal

Laman Basikal

Laman Basikal yang terletak berdekatan Taman Tasik Seremban ini menawarkan pengalaman menaiki basikal sewa khas untuk anda. 

Terdapat trek basikal yang anda boleh ikuti sepanjang mengayuh didalam ini. 

Dengan kadar sewaan rendah mereka mempunyai pelbagai jenis basikal yang anda boleh pilih, nak naik berdua ke atau bertiga semua jenis ada. 

Apa yang menarik lagi untuk mendapatkan kadar sewaan yang lebih murah anda boleh muat turun aplikasi mereka. 

Jika anda ingin melatih anak anda berbasikal, tempat ini sesuai untuk berlatih. 

Tempat yang menarik dan mempunyai alat perlindungan diri anda tidak perlu risau dengan keselamatan mereka.

5. Laman Basikal

Gunung Angsi

Buat peminat hiking jangan lepaskan peluang untuk mendaki Gunung Angsi yang terletak di Ulu Bendul ini. 

Mempunyai ketinggian 2702 kaki Gunung Angsi merupakan tempat wajib untuk anda datang untuk menikmati udara segar di puncak gunung. 

Bayaran masuk dengan serendah RM5 anda boleh menjelajahi hutan sambil melihat pokok yang menghijau sehingga ke puncak gunung. 

Trek yang disediakan juga mudah untuk anda ikuti dan terdapat pelbagai fasiliti seperti tandas yang ada di trek.

Klezcar Teman Perjalanan Anda

Apabila anda sudah tahu tempat menarik yang anda ingin lawati di Seremban 2, apa kata perjalanan kali ini anda menggunakan perkhidmatan kereta sewa. 

Jika belum, anda perlu rasai pengalaman menyewa kereta pasti memberikan seribu satu  pengalaman yang cukup istimewa.

1. Kenapa Perlu Anda Sewa Kereta

Berikut adalah beberapa faktor yang anda perlu tahu kenapa anda perlu sewa kereta.

1. Keselesaan dan Ruang

Kereta sewa sering kali menawarkan ruang yang besar dan selesa untuk keluarga anda. 

Anda boleh membawa pelbagai barang yang banyak tanpa had dan mempunyai ruang dalam yang mencukupi untuk semua keselesaan penumpang.

2. Pilih Kereta yang Selesa

Anda dapat memilih kereta yang anda inginkan. 

Jika anda pernah memandu kereta jenis kompak dan ingin mencuba kereta jenis sedan tak perlu beli anda perlu dapatkan kereta sewa anda dengan harga berpatutan.

3. Kurang Penyelenggaraan

Bila dah selalu menggunakan kenderaan sendiri dan ingin berjalan jauh, perkara pertama wajib anda lakukan ialah penyelenggaraan. 

Banyak kos yang terlibat jika anda menyelenggara kereta anda. 

Tapi  dengan kemudahan sewa kereta yang ada, anda dapat mengurangkan kos penyelenggaran dan tidak perlu risau dengan keadaan kereta, kerana kebanyakan kereta sewa menyediakan kereta dalam keadaan yang baik.

4. Mempunyai Alat Tambahan

Jika berjalan jauh, faktor utama yang perlu dipertimbangkan ialah  alat GPS untuk membantu anda dalam perjalanan. 

Sesetengah perkhidmatan kereta sewa ada menyediakan alat tambahan untuk memudahkan pelanggan mereka. 

Anda tak perlu risau kerana alat GPS ini dipasang di dalam kereta sewa. Mudah dan sangat praktikal.

Jom tempah kereta sewa kami di Klezcar Seremban 2. Kami menawarkan pelbagai jenis kenderaan yang anda inginkan dengan harga yang cukup berpatutan. 

Pilih kereta anda, periksa kereta secara visual dan ambil kereta kegemaran anda. 

Mudahkan sewa kereta dengan KLezcar. kereta yang diinginkan, periksa kereta secara visual dan ambil kereta pandu dengan keriangan tanpa bimbang!

Nak lagi senang anda boleh menempah kereta sewa kami di aplikasi Google Play dan App Store dan terus datang ke cawangan kami untuk mengambil kereta sewa yang anda inginkan dan nikmati perjalanan anda di Seremban 2 dengan selamat!

Muat Turun Aplikasi Klezcar Klik Butang Di Bawah​