Kepada Pelanggan Setia KLEZCAR
Pengenalan
Saya mewakili dari pihak KLEZCAR ingin mengucapkan terima kasih diatas sokongan anda tanpa putus kerana tanpa anda KLEZCAR mungkin tidak wujud.Penghargaan ini diberikan terhadap pelanggan KLEZCAR dari pertama kali menyewa sehingga menjadi pelanggan tetap syarikat ini.Kami dari pihak KLEZCAR sentiasa mementingkan kualiti perkhidmatan diberikan kepada pelanggan dan sentiasa mengharapkan sebarang cadangan dan maklum balas anda agar kami dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami.Motto kami yang mana bersih,wangi dan servis terjaga menjadi sesuatu perkara wajib diikuti staff KLEZCAR terhadap setiap kereta sebelum diterima oleh pelanggan kami.
Hampir keseluruhan syarikat besar yang telah bertapak di dalam negara akan memberikan kad keahlian bagi menghargai pelanggan tetap mereka.Adakah anda tahu KLEZCAR juga mempunyai kad keahlian kepada pelanggan tetap kami?. Ya kad keahlian yang diberi nama Eazy Card yang mana hanya memberi banyak keuntungan/kelebihan ketika menyewa kereta kami berbanding tanpa kad ahli.
Banyak pelanggan kami masih tidak mengetahui kewujudan Eazy Card ataupun menganggap ia tidak perlu kerana sudah memiliki terlalu banyak kad keahlian dalam beg duit.Disini saya terangkan yang anda telah silap,Eazy Card memberi penjimatan bukannya sedikit dan boleh dikatakan melebihi apa yang ditawarkan sesentengah syarikat lain. Apa kelebihan kad ini akan saya terangkan di bawah.
Kepentingan Mengumpul Point KLEZCAR
Setiap pembayaran melalui sewaan kereta di KLEZCAR akan memberi point kepada pelanggan kami bermula apabila nama didaftarkan dalam sistem KLEZCAR.Apabila anda telah mengumpul point keseluruhan sebanyak 400 point,anda layak mendapatkan Eazy Card yang memberi keuntungan pada setiap sewaan kereta.Point ini juga apabila telah mengumpul 1000 point keseluruhan,melayakkan pelanggan kami menyewa kereta Myvi 1.3 (A) dengan hanya membayar RM 90.00 sahaja.Bagi penerangan lebih jelas tentang point Eazy Card boleh membuka link ini.Klik Sini.
Kelebihan Eazy Card
Diantara kelebihan yang diperolehi oleh pemegang kad ahli adalah;
- Diskaun sebanyak 15% dengan sewaan sehari sehingga 29 hari dalam tempoh sebulan.
- Diskaun sebanyak 40% dengan sewaan sehari sahaja pada setiap hari Rabu.
- Diskaun sebanyak 50% dengan sewaan sehari sahaja di dalam bulan hari jadi.
Syarat Untuk Memiliki Eazy Card
Pelanggan yang ingin memiliki kad ahli boleh mangambilnya apabila sudah mengumpul 400 point keseluruhan ketika menyewa kereta di KLEZCAR.Kad keahlian ini akan diberi secara percuma dan tiada sebarang pembayaran keahlian atau sebarang pengeluaran duit yang perlu dilakukan.Banyak pelanggan kami yang sudahpun melebihi syarat minima dan ada kurang sedikit sahaja lagi dari jumlah tersebut apabila telah menyewa 2-3 kali dengan KLEZCAR. Ini dapat diketahui sendiri dengan melihat di website kami,Klik Sini.
Faktor pemberian point juga berbeza mengikut cara tempahan dilakukan.Pemberian point apabila melakukan tempahan online website akan diberi 2 point/ RM 1,tempahan melalui talian panggilan sebanyak 1 point/ RM 1 dan 0.5 point apabila melakukan sewaan di cawangan kami terus tanpa tiada sebarang tempahan dilakukan dahulu.
Contoh yang dapat saya berikan seperti Ahmad(contoh nama) menyewa kereta Myvi 1.3 (A) yang sewaannya RM 130.00 sehari.Ahmad melakukan tempahan kereta melalui website KLEZCAR bagi tempahan 2 hari.Bayaran yang perlu dilakukan adalah RM 260.00 bagi 2 hari.Disebabkan Ahmad menyewa kereta Myvi melalui tempahan website,yang mana RM 1 bersamaan 2 point,jumlah keseluruhan point Ahmad adalah 520 point. Point ini telahpun melebihi syarat minima mendapatkan Eazy Card.Bertapa mudahnya mendapat Eazy Card melalui sewaan kereta walaupun baru kali pertama sewaan.
Mengikut contoh saya berikan diatas menunjukkan perbezaan yang agak ketara kami berikan point kepada pelanggan kami mengikut cara tempahan,jadi lakukan tempahan yang bijak.Mungkin anda rasa tidak patut kami memberi jumlah point berlainan ketika melakukan sewaan.Sebenarnya point tempahan ini dibuat agar memudahkan kami melakukan persediaan kereta terlebih dahulu yang mana seterusnya memberi kualiti kereta terbaik kepada anda.
Lokasi Untuk Mengambil Eazy Card
Apabila pelanggan telah mencukupi point minima iaitu 400 point,kad ahli ini dapat diambil di semua cawangan KLEZCAR iaitu 76 cawangan dalam Malaysia.Boleh membuka website kami untuk melihat lokasi terdekat dengan anda bagi mengambil Eazy Card.Klik Sini.
Kesimpulan
Melalui penerangan yang saya berikan di atas,diharap semua pelanggan yang telah menyewa dengan KLEZCAR tidak lagi mengambil mudah kepentingan Eazy Card.Ini akan serba sebanyak memberi penjimatan wang anda dalam pembelajaan bulanan ketika setiap barang meningkat harganya setiap hari.Cepatlah memohon Eazy Card bagi mereka yang sudah cukup point minima dan bagi mereka belum lagi,cubalah mencukupi point tersebut sebelum syarat memiliki kad ahli diketatkan.