Cars For Everyone, Anytime & Anywhere – KLezCar
Cars For Everyone, Anytime & Anywhere – KLezCar

Gelang Patah Johor : Destinasi Menarik Yang Anda Boleh Kunjungi Bersama Klezcar Kereta Sewa | Kongsi Kereta

Gelang patah

Gelang Patah merupakan salah satu daerah yang terletak di Johor Bahru. 

Terletak berhampiran Selat Johor, walaupun bersaiz kecil tempat ini menawarkan pelbagai tempat tarikan pelancongan yang anda boleh kunjungi bersama keluarga. 

Gelang Patah juga semakin popular kerana dengan adanya pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar. 

Tempat ini juga terkenal dengan makanan laut yang menjadi kegemaran negara jiran mereka iaitu Singapura. 

Kali ini kami nak bawa anda berjalan-jalan tempat menarik yang wajib di kunjungi  di sekitar Gelang Patah Johor dan juga tempat makan menarik yang anda patut cuba apabila dah sampai di sini. 

Paling menarik lagi anda boleh nikmati perjalanan anda dengan menaiki kereta sewa Klezcar. 

Sesekali tukar mood untuk menaiki kereta sewa pun tidak salah kan? Nak tahu apa kelebihan dia? 

Baca artikel ini sehingga habis ya.

Tempat Menarik Di Gelang Patah

1. Legoland Malaysia Resort

Legoland Malaysia Resort

Legoland Resort Malaysia ialah taman tema antarabangsa pertama di Malaysia yang terletak di Iskandar Puteri. 

Merupakan taman tema Legoland pertama di Asia dan keenam di dunia. 

Jika anda datang bersama keluarga Legoland adalah destinasi wajib singgah. 

Taman Tema ini memberikan sisi keunikan tersendiri dengan menampilkan pelbagai replika dari binaan LEGO. 

Selain itu juga, disini turut mempunyai taman tema air yang cukup menyeronokkan dengan pelbagai jenis gelongsor air yang ada.

2. Iskandar Malaysia Studio (IMS)

Iskandar Malaysia Studio (IMS)

Iskandar Malaysia Studio adalah satu kompleks studio yang berkeluasan 20 hektar ini terletak di Iskandar Puteri, Mempunyai kemudahan yang canggih dan infrastruktur yang lengkap, IMS menawarkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada penggiat seni seperti penerbitan filem, rancangan televisyen dan iklan. 

Jika anda ingin melihat secara dekat bagaimana sesuatu filem yang dihasilkan boleh lah datang ke IMS.

3. Forest City Water Park

Forest City Water Park

Selain daripada Legoland, anda juga wajib datang ke Forest City Water. 

Di sini menawarkan pengalaman bermain air yang cukup menyeronokkan untuk keluarga anda. 

Sambil anda bermain air, anda boleh menikmati pemandangan persekitaran yang cukup menarik dengan pelbagai replika haiwan dipamerkan di tepi pantai. 

Sesuai dengan nama tempat ini, kawasan taman tema air ini dikelilingi dengan pokok dan tumbuhan hijau yang dapat membangitkan lagi suasana semula jadi.

4. Dataran Mahkota

Dataran Mahkota

Jika anda ingin bersantai bersama keluarga, anda boleh singgah ke Dataran Mahkota yang terletak di Kota Iskandar. 

Tempat  ini menempatkan bangunan-bangunan pentadbiran yang terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Johor. 

Reka bentuk bangunan yang unik ini menjadi tarikan kepada sesiapa sahaja yang datang kesini. 

Anda juga boleh membaca sejarah penubuhan awal Kerajaan Johor disini. 

Tempat Makan Sedap di Gelang Patah

1. Restoran Terapung Pendas

Jika anda nak rasai pengalaman makan ikan bakar secara terapung, jom singgah makan di Restoran Terapung Pendas. 

Terletak di muara Sungai Pendas, kedai makan ini menawarkan pelbagai makanan laut yang pasti membuatkan anda rambang mata untuk pilih, makan pula bersama nasi lemak gabungan yang cukup serasi.

Sambil anda menikmati makanan laut yang segar, anda juga dapat melihat pemandangan negara Singapura secara lebih dekat dan jelas. 

Bagi peminat memancing anda boleh melakukan aktiviti memancing di sini satu pengalaman yang cukup berharga.

2. Usop Nasi Kerabu

Usop Nasi Kerabu  yang terletak di Kampung Ulu Pulai ini memang sentiasa ramai dengan kehadiran orang yang datang untuk menikmati nasi kerabu mereka. 

Kalau anda teringin nak rasa nasi kerabu original dari Pantai Timur, anda boleh lah singgah di kedai makan ini, confirm takkan cari kedai yang lain. 

Bukan sahaja menu nasi kerabu, malah mereka juga menawarkan menu lain seperti nasi lemak, nasi berlauk dan laksam.

3. Dapur Merah Restaurant

Kedai makan ini terkenal dengan pelbagai jenis lauk pauk melayu yang ada. 

Sampai sahaja anda kesini pasti anda rambang mata melihat hidangan lauk pauk yang ada semuanya memang sedap belaka. 

Walaupun banyak mana lauk yang anda ambil, tapi jangan risau harga yang mereka sangat berpatutan. 

Disamping lauk pauk yang ada, mereka juga turut menjual pelbagai jenis kek dan juga makanan sampingan untuk anda rasa, dah kenyang makan tak salah kan cuba pula pencuci mulut yang ada.

4. Nasi Ayam Talip

Buat penggemar nasi ayam, kalau dah datang Gelang Patah rugi kalau tak datang makan di Nasi Ayam Talip. 

Kedai yang terletak di Taman Nusantara ini menawarkan pelbagai hidangan nasi ayam yang pasti membangkitkan selera anda. 

Persekitaran yang bersih cukup membuatkan anda rasa selesa ketika makan disini.

Rasai Pengalaman Sewa Kereta dengan Klezcar

Jika anda merancang  untuk datang ke Gelang Patah dan ingin menikmati destinasi yang telah kami senaraikan diatas, jom sewa kereta dengan kami  Klezcar di Gelang Patah. 

Dapatkan pengalaman selesa dengan menyewa kereta kami. 

Urusan tempahan yang cukup mudah. 

Anda boleh meletak kereta di tempat kami, ambil kereta sewa kami dan nikmati percutian anda di Gelang Patah tanpa perlu rasa bimbang.

1. Kenapa Anda Perlu Sewa Kereta Klezcar

1. Murah dan Berbaloi

Kereta sewa kami anda boleh menempah secara harian atau mingguan bergantung kepada tempoh percutian anda di Gelang Patah. 

Kereta sewa kami juga antara yang paling murah. Jadi tak perlu rasa bimbang dengan harga ya.

2. Proses Tempahan yang Mudah

Semua proses tempahan kereta sewa kami menggunakan sistem online. 

Anda boleh tempah kereta sewa kami melalui laman web atau aplikasi kami. 

Mudahkan? Hanya isikan maklumat peribadi, jenis kereta yang anda pilih, waktu tempahan dan beberapa lagi maklumat yang diperlukan. 

Setelah siap segala pendaftaran anda boleh terus datang ke cawangan Klezcar Gelang Patah

3. Selamat dan Berkualiti

Anda tidak perlu risau dengan keadaan kereta, ini kerana kami memastikan keadaan kereta sewa kami dalam keadaan baik dan lengkap dalam penyelenggaraan. 

Jika terdapat sebarang perkara yang tidak diingini kami mempunyai sistem sokongan kecemasan 24 jam untuk membantu dimana sahaja anda berada.

4. Dapat Merasai Pengalaman Kereta yang Berlainan

Jika anda datang bercuti ke Gelang Patah secara berdua dengan pasangan anda sahaja, tidak salah rasanya anda memberikan sedikit kejutan pada si dia dengan menaiki kereta sewa mewah. 

Percutian honeymoon anda pasti memberikan seribu satu pengalaman yang indah dengan menggunakan perkhidmatan kereta sewa mewah dari kami.

5. Tiada Had Pemanduan

Dengan menyewa kereta sewa kami, anda tak perlu risau dengan limit pemanduan anda. 

Anda boleh bebas memandu kemana sahaja yang ingin anda pergi di Gelang Patah, andaikata anda ingin juga berjalan keluar dari daerah Gelang Patah juga dibenarkan, hanya pastikan kereta sewa kami dalam keadaan selamat dan tiada kerosakan yang berlaku.

Apa tunggu lagi, rasai pengalaman yang bermakna di Gelang Patah Johor dengan menempah kereta sewa di Klezcar!

Location Info
 Klezcar Gelang Patah – Iskandar Puteri
 14 Nusaria 6/17, Taman Nusantara Gelang Patah, 81550 Johor