Apakah itu EazyPoint KLezCar?
EazyPoint (EP) merupakan hadiah dari KLEZCAR kepada semua pelanggan dalam bentuk point dan setiap EazyPoint yang telah dikumpul boleh redeem.
EP ialah sebuah ciri baharu yang membolehkan pelanggan-pelanggan KLezCar atau lebih dikenali sebagai Ahli-ahli EazyMembers KLezCar ini untuk mengumpul dan menebus hadiah.
Setiap Ringgit yang digunakan untuk sewaan kereta akan di tukarkan kepada EP secara automatik.
Bagaimana untuk saya mendapatkan EazyPoint?
Setiap tempahan kereta sewa dengan KLEZCAR melalui Applikasi dan Website akan memperolehi EazPoint (EP) dengan nisbah RM1.00 bersamaan 1 EazyPoint.
Contoh, jika Ahmad membuat tempahan sewa kereta Myvi sehari bermilai RM130.00, maka Ahmad akan memperolehi sebanyak 130 EazyPoint.
Bagaimana untuk menyemak EazyPoint saya?
EazyPoint (EP) ada dua cara untuk periksa iaitu di Dashboard pelanggan, samada di Website dan Applikasi KLEZCAR.
EazyPoint ada waktu luput?
Ya, ada, EazyPoint akan luput selepas dua bulan, jika anda mempunyai 100 EazyPoint (100EP) pada bulan April 2020, 100 EazyPoint tersebut akan luput pada bulan Jun 2020.
Anda perlu Redeem EazyPoint dalam tempoh 2 bulan sebelum luput.
Bolehkah EazyPoint ditukar dalam bentuk tunai?
EazyPoint tidak boleh ditukar ke Tunai serta tidak boleh ditukar milik kepada orang lain.
Apa kelebihan dan macam mana nak redeem EazyPoint?
EazyPoint boleh redeem maksimum sebanyak 75% sahaja dari jumlah EazyPoint yang terkumpul.
Contoh :
- Ali mempunyai Point terkumpul sebanyak 1000EP, Ali hanya boleh redeem sebanyak 750EP (1000EP x 75%) sahaja untuk tebusan kali pertama.
- Baki Eazypoint Ali setelah di tolak tebusan kali pertama adalah 250EP (1000EP-750EP).
- Untuk tebusan kali kedua, Ali boleh redeem sebanyak 187EP (250EP x 75%) sahaja.
EazyPoint yang telah dikumpul boleh redeem di ruangan “Redeem”, boleh lihat di Dashboard pelanggan.
T&C EazyPoint
1.EazyPoint atau singkatan EP merupakan nama untuk point kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan KLEZCAR.
2.Setiap EazyPoint terhasil dari sewaan kereta dengan KLEZCAR dan mengikut perkiraan seperti di bawah;
- Setiap tempahan melalui Applikasi KLEZCAR samada pengguna Android atau Apple iOS, perkiraan menggunakan nisbah RM1.00 bersamaan 1 EazyPoint, Contoh: Jika harga sewaan bernilai RM100.00, maka EazyPoint yang berjaya dimiliki berjumlah 100 EazyPoint.
- Setiap tempahan melalui website www.klezcar.com, perkiraan menggunakan nisbah RM1.00 bersamaan 0.5 EazyPoint. Contoh: Jika harga sewaan bernilai RM100.00, maka EazyPoint yang berjaya dimiliki berjumlah 50 EazyPoint.
3.Setiap EazyPoint yang terkumpul mempunyai waktu luput selama 2 bulan dan tidak boleh di tuntut semula.
Contoh: Jika 100 EazyPoint berjaya dimiliki pada bulan Mac 2020, maka 100 EazyPoint jika tidak Redeem akan luput menjadi 0 EazyPoint apabila masuk bulan Mei 2020.
4.Sebarang tempahan yang menggunakan apa-apa kod diskaun samada dari HQ atau cawangan tidak melayakkan untuk mendapat EazyPoint.
5.Tempahan sewa yang telah dijelaskan keseluruhan bayaran sahaja layak mendapat EazyPoint.
6.Pelanggan yang disenarai-hitam akan hilang keseluruhan EazyPoint dan tidak boleh dituntut semula.
7.EazyPoint tidak boleh dipindah milik kepada sesiapa.
8.EazyPoint tidak boleh di tukar dalam bentuk tunai.
9.EazyPoint boleh redeem maksimum sebanyak 75% sahaja dari jumlah EazyPoint yang terkumpul.