Sudah ramai rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan kereta sewa sebagai kaedah pengangkutan yang digemari pada masa kini.
Ini kerana anda boleh berjimat daripada mengeluarkan wang yang banyak untuk membayar tambang teksi atau e-hailing. Dengan adanya kereta sewa, anda tidak terikat dengan jadual kenderaan awam seperti Komuter, LRT dan MRT.
Bila pergi bercuti atau outstation, pastinya anda akan membawa banyak luggage kan?
Anda semestinya memerlukan ruang besar untuk menyimpan barang. Dengan menyewa kerera, anda mudah untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain.
Bagi anda yang inginkan kepastian tentang kelebihan sewa kereta, artikel ini menerangkan lebih lanjut mengenai sebab-sebab menarik sewa kereta:
#1 Boleh Memilih Pelbagai Jenis Kereta Sewa
Salah satu sebab mengapa orang lebih gemar untuk menyewa kereta berbanding memandu kereta sendiri adalah kerana kebanyakan agensi sewa kereta yang menawarkan pelbagai jenis kereta untuk dipilih.
Di antaranya ialah:
- Kereta sedan
- Kereta hatchbacks
- Kereta SUV dan MPV
- Kereta paduan 4 roda
Tidak kira apa jua keperluan yang anda perlukan, anda bebas memilih kereta sewa yang anda perlukan.
Syarikat kereta sewa biasanya akan membantu anda mendapatkan kenderaan yang terbaik mengikut tempoh sewa yang dikehendaki.
#2 Memandu Kereta Yang Selesa
Ini adalah kelebihan utama kepada anda yang memandu kereta sewa berbanding kereta peribadi.
Ianya amat berbaloi terutama bagi anda yang ingin memandu jauh.
Kebanyakan pengguna memilih untuk menyewa kereta keadaan kereta peribadi yang tidak memuaskan. Ini termasuk kereta yang dipakai sudah berusia, sering rosak, tiada pendingin hawa dan juga mungkin ada masalah enjin.
Pengendali kereta sewa Malaysia biasanya menyediakan kenderaan yang berada di dalam tahap terbaik. Ini menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna.
#3 Mendapatkan Kenderaan Untuk Tujuan Tertentu
Sesetengah individu menyewa kereta hanya untuk situasi tertentu.
Contohnya ada yang menyewa van mini untuk membawa keluarga berjalan-jalan.
Ada pula yang membawa rakan-rakan untuk menghadiri lawatan ataupun perkhemahan.
Dengan menyewa kereta, anda dapat menjimatkan wang daripada terpaksa membeli kereta baru.
Anda juga tidak perlu menanggung hutang jangka panjang yang membebankan akibat membeli kereta.
#4 Mengelakkan Tayar Kereta Peribadi Cepat Haus
Bagi mereka yang ingin menjaga tayar kereta sendiri, anda boleh menyewa kereta untuk tujuan berjalan jauh atau ekspedisi.
Umum mengetahui bahawa kekerapan memandu kereta boleh menyebabkan tayar cepat haus dan botak.
Tayar baru dan servis penukaran tayar menelan perbelanjaan yang tinggi. Sekiranya anda ingin berjimat, anda boleh menggunakan kereta sewa untuk pemanduan jauh seperti balik kampung.
#5 Mengurangkan Kos Penyelenggaraan Kereta
Tip #5 ada kaitan dengan tip #4 kerana ianya melibatkan perbelanjaan penyelenggaraan kereta untuk memastikan kereta berada dalam keadaan terbaik.
Sekiranya kereta tidak diselenggarakan dengan baik, kos untuk membaiki kereta boleh menjadi mahal.
Apabila anda menyewa kereta, urusan penyelenggaraan hanya diuruskan oleh syarikat yang menyewa kereta tersebut.
Anda hanya perlu mengisikan gas atau minyak petrol sahaja.
Bagi mereka yang menyewa kenderaan dalam tempoh yang lama, syarikat akan memberikan tempoh masa untuk servis kereta atau ditukarkan kepada kenderaan lain yang lebih baik.
Kesimpulannya, terdapat banyak manfaat yang anda boleh perolehi daripada menyewa kereta.
Tiada sebab untuk anda untuk tidak mengambil kereta sewa kerana anda akan memerlukannya pada masa-masa tertentu.
Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan kereta sewa di Malaysia, hubungi Klezcar. Berikut adalah ciri-ciri istimewa Klezcar:
Tiada Had Kilometer
Anda boleh menentukan destinasi yang ingin dituju tanpa mengira had kilometer jarak perjalanan ke tempat tersebut. Anda boleh menaiki kereta sewa Klezcar ke destinasi anda sama ada jauh atau dekat.
Repair Dan Pertukaran Sparepart Kereta
Kereta sewa Klezcar menyediakan perkhidmatan repair dan penukaran sparepart kereta jika diperlukan.
Sekiranya kereta yang anda naiki mengalami masalah teknikal atau kerosakan, anda tidak perlu membawa ke workshop kereta kerana Klezcar mempunyai perkhidmatan membaiki kereta sewa sendiri.
Perkhidmatan 24 Jam Membaiki Kereta
Kami boleh membaiki kereta sewa anda sama ada siang atau malam sekiranya berlaku masalah kerosakan yang perlu diselenggara.
Kini anda tidak perlu risau sekiranya anda mengalami masalah pada waktu tengah malam atau bila-bila masa sahaja.
Diskaun Dan Potongan Harga Untuk Sewa Berpanjangan
Anda berpeluang menerima diskaun yang lebih tinggi sekiranya menyewa kereta sewa Klezcar dalam tempoh yang lebih lama.
Bagi memudahkan perjalanan anda sepanjang anda memerlukan kereta, anda boleh menyewa secara harian, mingguan dan bulanan.
Senarai Kereta Sewa Klezcar Yang Ditawarkan
Berikut adalah senarai kereta sewa yang kami tawarkan untuk anda:
- Perodua Viva
- Perodua Axia Advance
- Perodua Myvi
- Proton Iriz
- Proton Saga
- Toyota Vios
- Honda City
- Honda Accord
- Perodua Alza
- Proton Exora
- Toyota Alphard
- Toyota Vellfire
- Hyundai Starex
- Toyota Hiance
- Ford Ranger Auto
- Toyota Hilux
- Mitsubishi Triton
5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pilih Klezcar
1.Kereta Sewa Berkualiti Tinggi
Percaya atau tidak, tidak pernah ada kes kereta sewa Klezcar rosak teruk sehingga menjejaskan perjalanan anda. Kereta sewa Klezcar amat berkualiti tinggi dan boleh digunakan untuk perjalanan yang jauh mahupun dekat. Masalah enjin kereta rosak, kereta tidak bergerak laju dan sebagainya amat jarang sekali untuk berlaku.
Kami menjamin kualiti kereta yang anda pandu dengan memastikan setiap kereta diselenggara dengan baik sebelum anda memandunya.
2.Keadaan Kereta Yang Bersih, Kemas Dan Selesa
Kami memastikan kereta adalah bersih, wangi dan kemas supaya anda tidak perlu mengemas lagi kereta sewa Klezcar walaupun anda menempah dalam tempoh yang cukup lama.
- Kereta Disenggara Dan Dikendalikan Sepenuhnya
Kereta sewa Klezcar lengkap dikendalikan dan disenggarakan dengan baik. Tiada masalah kereta lagi yang perlu diuruskan oleh anda sekiranya berlaku masalah kerosakan dan sebagainya.
Kami mempunyai pasukan yang menguruskan bahagian repair kereta dan khidmat baiki kereta sewa 24 jam.
- Jimat Minyak Dan Kurangkan Kos
Oleh kerana kami jimat minyak, ia juga mempunyai kadar sewa kereta yang amat rendah dan murah. Ia dapat mengurangkan kos dan menjimatkan minyak bagi anda yang menyewa kereta untuk perjalanan jauh.
- Car Rental Klezcar Berpengalaman Dan Tidak Pernah Mengecewakan
Kami mempunyai berpengalaman dalam menguruskan kereta sewa dan menyelesaikan pelbagai jenis masalah yang melibatkan produktiviti kereta sewa.
Ini juga merupakan sebab penting kenapa ramai pengguna memilih Klezcar dilakukan berbanding dengan kereta-kereta sewa yang lain di Malaysia.
Sekiranya anda ingin sewa kereta dengan kadar segera, hubungi kami melalui Whatsapp hari ini.