https://www.googletagmanager.com/gtag/js?id=AW-16468512327
Cars For Everyone, Anytime & Anywhere – KLezCar
Cars For Everyone, Anytime & Anywhere – KLezCar

Beli Rumah Atau Kereta

 

beli kereta atau beli rumah 222

Perlaburan hartanah rumah atau perlaburan kereta yang menjadi keutamaan kita apabila bermula dalam alam pekerjaan. Terdapat banyak pendapat dari ahli-ahli bijaksana terutama mereka yang terjerumus dalam bidang hartanah dan perniagaan kereta. Tetapi point yang paling penting, mereka akan menyokong pendapat ke arah perniagaan mereka dengan fakta-fakta dan hujah-hujah yang sangat hebat.

Jadi, saya akan cuba untuk memasuki golongan ahli bijaksana untuk memberi pendapat saya sendiri bagi pemilihan diantara rumah vs kereta.

Perkara pertama anda perlu lakukan sebelum membuat keputusan diantara pemilihan ini,pastikan anda tanyakan diri sendiri dahulu melalui beberapa soalan di bawah :

  1. Manakah diantara kedua-dua itu menjadi keutamaan dalam kehidupan anda?
  2. Berapa pendapatan bulanan anda dan mampukah manampung pembelanjaan bulanan selepas membayar insuran kereta/rumah?
  3. Bagaimana ‘lifestyle’ kehidupan anda?
  4. Adakah anda dapat menyimpan tabung kecemasan apabila berlaku perkara tidak diingini?

 

 

Manakah diantara kereta dan rumah menjadi keutamaan?

Untuk soalan ini,anda perlu melihat suasana anda tinggal dan kemudahan yang telah disediakan di tempat anda. Jika anda bekerja di kawasan bandar yang sibuk dan mempunyai kemudahan awam yang baik dari rumah ke pejabat,gunakan saja kemudahan awam dan gunakan duit untuk membeli rumah. Manakala jika sukar mendapatkan kemudahan awam dan sudah menumpang di rumah keluarga, kereta mungkin menjadi pilihan anda. Lagi satu jika ingin membeli rumah, adakah rumah anda beli akan anda diami pada waktu yang panjang kerana ia memerlukan tempoh waktu yang lama untuk lunaskan hutang rumah iaitu sekurang-kurangnya 30 tahun.

 

Berapa pendapatan bulanan anda ?

Jika anda bekerjaya sebagai doctor dan engineer ataupun berjawatan tinggi, masalah kewangan mungkin jarang dihadapi. Pastikan dahulu sebarang keputusan anda dapat menampung pembelanjaan bulanan selepas membayar insuran bulanan kereta atau rumah. Harus diingatkan juga perjagaan selepas pembelian beli dilakukan seperti kos maintenance dan bayaran untuk perkara yang tidak didunga. Pinjaman bank juga tidak akan meluluskan pinjaman anda jika pendapatan anda tidak memenuhi kriteria yang mereka hendaki.

 

Bagaimana ‘lifestyle’  kehidupan anda?

Cara kehidupan anda juga memainkan peranan, ini kerana ada seseorang yang tidak selesa berada di sesuatu tempat yang sesak dengan manusia ataupun mereka yang mahu mengelak kesesakan jalan raya yang sangat popular di Malaysia terutama dalam bandar. Kekerapan anda melakukan aktiviti luar dalam satu minggu seperti bermain sukan, bersosial dengan kawan-kawan di kedai serta menggunakan kereta mencari pendapatan tambahan memainkan peranan untuk memiliki kereta.

Adakah anda menyimpan tabung simpanan untuk waktu kecemasan?

Errr..mungkin tertanya-tanya juga untuk apa tabung kecemasan ini. Tabung kecemasan ini fungsinya untuk menampung bayaran bulanan seterusnya jika berlaku perkara yang tidak dijangka seperti berlaku kemalangan dan dapat menampung bayaran rawatan tanpa menganggu bayaran bulanan insuran kereta atau rumah. Ataupun diberhentikan kerja secara mengejut dan menganggur 2 hingga 3 bulan. Perlu diingatkan bahawa sewaan bulanan kereta adalah rendah berbanding rumah yang boleh mencapai RM 1000.00 sebulan.

Diantara kebaikan dan keburukan memilih perlaburan kereta atau rumah;

Kebaikan

 

Kereta

Rumah

  1.  Memudahkan anda pergi dari satu tempat ke satu tempat yang ingin dituju tanpa menggunakan public transport.
  2. Dapat memendekkan tempoh pinjaman kereta sehingga 5 tahun yang mana dapat selesaikan hutang pinjaman dengan cepat.
  3. Kos maintenance lebih rendah berbanding rumah(mengikut jenis kereta dan kawasan rumah yang dibeli).
  1. Harga rumah akan meningkat dari tahun ke tahun terutama di tempat strategik.
  2. Sesuatu perlaburan yang boleh diberikan ke generasi yang seterusnya.
  3. Menjadi tempat yang mana boleh katakan sebagai rumah sendiri.
  4. Bebas untuk ubahsuai rumah mengikut citarasa anda tanpa perlu memohon kebenaran tuan rumah.

 

 

Keburukan

 

Kereta

Rumah

  1.  Satu perlaburan yang dari satu tahun ke tahun merosot nilainya.
  2. Penggunaannya berkurang jika berada di kawasan bandar dan mempunyai kemudahan awam seperti LRT,MRT dan KOMUTER.
  3. Perlu mananggung kos selepas beli,seperti maintenance, insurance dan sebarang kerosakan apabila memilikinya
  1. Memerlukan kos pinjaman bank yang besar dan seterusnya perlu membayar insuran bulanan yang tinggi sehingga melebihi RM 1000.00.
  2. Terdapat kos maintenance bulanan yang tinggi mengikut tempat yang dibeli terutama apartment atau condominium.
  3. Tempoh pinjaman panjang iaitu melebihi 30 tahun yang agak lambat untuk dilunaskan hutang tersebut.

 

Kesimpulannya, semua bergantung di tangan anda sendiri,klise tak jawapan dia. Dari kami, iaitu pihak kereta sewa pandu sendiri Klezcar, kami lebih mengalakkan anda hanya menyewa kereta jika ingin melakukan perjalanan ke sesuatu destinasi. Ini kerana kenderaan seperti kereta kebiasaannya ingin ditukar berkali-kali dengan kereta berlainan dan melalui sewaan melalui syarikat kereta sewa ia boleh ditunaikan.

Sebarang penempahan kereta sewa KLEZCAR boleh dilakukan dengan membuka website kami.

 

Website;

https://www.klezcar.com/

Talian Hotline;

1300-88-4040

Alamat HQ Klezcar ;

Unit 408 & 409, Blok A, Level 4, Kelana Business Centre, 97,

Jalan SS7/2, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya,

Selangor, Malaysia.

Email;

enquiry@klezcar.com

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *