Assalamualaikum dan Salam Jumaat.
Salam Sejahtera buat pembaca yang bukan beragama Islam.
***
Di hari Jumaat ini, tiba-tiba tersentuh hati ini bila mengenangkan program Misi Bantuan Banjir yang pernah Klezcar jalankan hampir setiap tahun, setiap kali banjir melanda negeri-negeri Pantai Timur.

Melihat keadaan tempat tinggal mereka di sana yang kebanyakannya musnah dihanyutkan air. Harta benda juga banyak yang tidak dapat diselamatkan. Namun, ketabahan mereka meneruskan kehidupan yang membuatkan kami sebak dan berasa sangat kagum.

Apa-apapun kita mesti bersyukur kerana masih dikurniakan nyawa serta diizinkan untuk terus hidup walau apa jua dugaan mendatang. Kadang-kadang, dugaan itu lebih menguatkan kita. Tuhan menguji kerana Dia tahu hambaNya mampu untuk hadapi sesuatu ujian itu.
Tidak banyak yang dapat kami bantu melainkan dengan bantuan dari ramai pihak. Alhamdulillah kami diberikan kesempatan dan kekuatan serta diberikan rezeki yang cukup untuk dikongsi. InshaaAllah, akan sentiasa cuba ingat bahawa setiap rezeki yang diterima, ada terselit rezeki org lain.


Mengenang kembali ke tahun 2013, Misi Bantuan Banjir telah dijalankan di Kemaman & Kuantan. Bertuah rasa apabila berpeluang menjayakan misi semurni ini dengan nilai dana yang agak banyak berjaya dikumpulkan pada masa itu, ianya melebihi RM 10k. Terima kasih kami ucapkan kepada penyumbang2 dana kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan misi ini.

Kami ke sana bersama 3 biji kereta penuh dgn muatan bekalan asas seperti beras, gula, susu, periuk nasi, kettle, baju, pampers dan juga beberapa barangan lain, misi kemanusiaan ini terus kami laksanakan setiap tahun. Pengalaman tahun seterusnya berlainan pula, misi tersebut bermula 21 Dec 2014. Nanti kami akan kongsikan.
Dipetik dari http://www.shahrilsidek.com/…/bantuan-mangsa-banjir-oleh-te…
Klezcar.com
Perkhidmatan Kereta Sewa Seluruh Malaysia
Cars For Everyone, Anytime & Anywhere
Tempahan | www.klezcar.com
Pertanyaan | 1300-88-4040 (24 Jam)