https://www.googletagmanager.com/gtag/js?id=AW-16468512327
Cars For Everyone, Anytime & Anywhere – KLezCar
Cars For Everyone, Anytime & Anywhere – KLezCar

Kereta Sewa: Mudahnya Sewa Kereta Melalui Aplikasi dan Online!

Kita kini berada di fasa dunia digital. 

Segala-galanya memerlukan internet. 

Semua kemudahan yang ada lebih mudah menggunakan internet kerana lebih mudah dan cepat.

Seperti juga perkhidmatan tempahan sewa kereta. 

Jika kita lihat sebelum ini jika anda ingin menempah kereta pilihan anda, anda perlu walk in atau datang terus ke syarikat sewa kereta. 

Anda pilih dan perlu mengisi borang dan lampirkan sekali dokumen yang diperlukan. Sedikit leceh dan banyak proses diperlukan.

Seiring dengan peredaran masa, kini rata-rata syarikat sewa kereta di Malaysia menawarkan proses tempahan kereta secara online dan juga melalui aplikasi. 

Mereka hanya tempah kereta di laman web mereka atau lagi mudah melalui aplikasi sedia ada. 

Proses pemilihan kereta juga lebih mudah tidak perlu walkin hanya pilih kereta yang disenaraikan dan tunggu pengesahan dari syarikat. 

Mudah dan menjimatkan masa kan?

6 Kebaikan Tempah Kereta Secara Online

Tempahan kereta sewa secara online mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya pilihan popular untuk ramai orang. 

Berikut adalah beberapa kebaikan tempahan kereta sewa secara online yang perlu anda tahu. Teruskan membaca.

1. Mudah dan Pantas

Salah satu sebab kebaikan tempah kereta secara online ialah mudah dan pantas. 

Anda boleh membuat tempahan dari mana-mana sahaja asalkan mempunyai akses internet, tanpa perlu pergi ke kedai atau menghubungi ejen secara terus.

Anda hanya perlu mencari laman web atau aplikasi syarikat penyewaan kereta, pilih lokasi dan tarikh sewa, dan pilih kereta yang sesuai dengan keperluan anda. 

Semua ini boleh dilakukan dalam beberapa minit, tanpa perlu membuat persiapan yang lama atau menunggu giliran anda. 

Tidak banyak masa yang diperlukan, semua proses memakan masa yang sungguh cepat.

2. Lebih Banyak Pilihan

Melalui platform penyewaan kereta online, anda boleh mengakses pelbagai pilihan kereta dari pelbagai syarikat penyewaan. 

Bukan itu sahaja ini dapat  memberi anda lebih fleksibiliti untuk memilih kereta yang sesuai dengan keperluan anda, seperti saiz, jenis dan ciri yang dikehendaki. 

Anda boleh memilih kereta yang sesuai dengan saiz keluarga, tujuan perjalanan, dan bajet anda. 

Dari kereta ekonomi hingga SUV mewah, pilihan ada di hujung jari anda.

3. Perbandingan Harga

Jika anda menempah dalam talian, anda boleh membandingkan harga dari pelbagai syarikat sewa dengan mudah tanpa mengunakan banyak masa yang ada. Ini membolehkan anda mencari tawaran terbaik dan dalam masa yang sama anda dapat mencari kereta sewa yang mengikut bajet anda. 

4. Tawaran Khas

Salah satu keistimewaan apabila anda tempah kereta sewa secara online ialah mereka menawarkan promosi dan diskaun khas kepada pelanggan yang tempah secara online. Ini termasuk diskaun, tawaran istimewa untuk ahli kesetiaan, dengan cara ini, anda boleh menjimatkan lebih banyak wang apabila menyewa kereta.

5. Kemudahan Pembayaran

Anda boleh membayar secara online dengan pelbagai kaedah pembayaran, termasuk kad kredit, kad debit dan pembayaran melalui online  banking ini menjadikan proses pembayaran lebih mudah dan selamat. Proses pembayaran juga sangat mudah dalam tempahan secara online.

6. Ulasan Pelanggan

Sebelum membuat tempahan, anda boleh membaca ulasan dan penilaian daripada pelanggan lain sebelum ini berkenaan syarikat sewa dan jenis kereta yang mereka sediakan.Ini dapat membantu anda dalam membuat keputusan. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga anda.

KLezcar Boleh Tempah Kereta Secara Online atau Aplikasi

Tahukah anda di Klezcar kami sangat menghargai pelanggan kami, dengan itu kami memudahkan masa dan tenaga pelanggan kami dengan cara menempah kereta secara online dan aplikasi. 

Anda tak perlu lagi susah untuk datang ke outlet kami, malah anda hanya perlu menempah dan memilih kereta yang anda inginkan di laman web kami. 

Mudah kan?

 

Kami turut menyediakan satu aplikasi untuk anda tempah. 

Kelebihan anda tempah di aplikasi ini, jika anda merupakan pelanggan pertama kali di Klezcar anda akan mendapat diskaun RM10. 

Terdapat dua cara menggunakan aplikasi pertama di secara Google Play dan kedua secara Appstore.

Tak tahu bagaimana nak gunakan aplikasi untuk menyewa kereta di KLezcar? 

Jangan risau anda boleh baca di sini, dimana kami membantu anda dalam langkah-langkah mudah menempah kereta menggunakan aplikasi kami. 

Mudah dan cepat.

5 Sebab Kenapa Wajib Sewa Kereta di KLezcar

KLezcar merupakan salah satu syarikat sewa kereta rangkaian terbesar di Malaysia dan telah menjadi pilihan rakyat Malaysia dalam mencari kereta sewa. 

Pasti anda tidak akan kecewa jika anda memilih KLezcar sebagai pilihan anda. 

Jom kami selongkarkan 5 sebab kenapa anda wajib sewa kereta di KLezcar!

1 Kereta Berkualiti Tinggi

Di KLezcar kami menyediakan perkhidmatan kereta yang berkualiti tinggi dimana semua kereta sewa kami dalam keadaan yang memuaskan sebelum kereta ini disewakan kepada pelanggan. 

Kami juga turut memastikan keadaan kereta luar dan dalam di selenggara dengan baik supaya perjalanan anda lebih selamat.

2. Pemanduan Tanpa Had

Anda juga boleh memandu tanpa had kilometer. 

Tidak kisah dimanapun anda berada anda boleh memandu kereta sewa kami. 

Selagi dalam Malaysia tiada masalah, dan pastikan juga keadaan kereta kami dalam keadaan baik luar dan dalam.

3. Proses Sewaan Tanpa Kertas

Seperti yang dibincangkan di atas, tempahan kereta sewa secara online sungguh memudahkan dan pantas. 

Kami juga menyediakan semua tempahan kereta sewa melalui online dan aplikasi yang telah kami sediakan untuk anda. 

Paling menarik jika anda pelanggan pertama menggunakan aplikasi dalam proses tempahan kereta anda boleh dapat diskaun RM10!. 

Mudah dan dalam pada masa yang sama dapat menjimatkan bajet anda.

4. Kunci & Buka Kunci Menggunakan Aplikasi

Seiring dengan kemajuan sekarang, pelbagai kaedah dan cara teknikal telah dicipta bagi memudahkan pelanggan. 

Di KLezcar kami juga tidak ketinggalan dimana pelanggan terlebih dahulu akan memilih kereta sewa di laman web kami, pilih kereta secara visual dan ambil gambar sebagai bukti dan proses terakhir buka kunci kereta kami menggunakan aplikasi kami dan nikmati perjalanan anda. 

Tiada kunci diperlukan sepanjang apabila anda menempah dengan kami.

5. Sewa Kereta Sepantas 3 Minit

Memandangkan semua proses tempahan dengan kami menggunakan aplikasi dan online, semuanya dilakukan dengan pantas dan mudah. 

Hanya perlu ikuti beberapa langkah yang perlu dibuat dan isikan maklumat yang diperlukan, pilih kaedah bayaran serta ambil kereta dan nikmati perjalanan anda dengan KLezcar.

Dengan kemajuan internet sekarang, semua proses kerja tidak perlu memakan masa yang terlalu lama. 

Anda hanya memerlukan akses internet yang laju dan semuanya dilakukan di hujung jari. 

Menggunakan kaedah aplikasi juga memudahkan lagi proses tempahan kereta sewa anda di KLezcar.

Nak cari kereta sewa? 

Cari je di KLezcar!

Muat Turun Aplikasi Klezcar Klik Butang Di Bawah​

untuk buat tempahan Kereta Sewa