https://www.googletagmanager.com/gtag/js?id=AW-16468512327
Cars For Everyone, Anytime & Anywhere – KLezCar
Cars For Everyone, Anytime & Anywhere – KLezCar

Program Referral KLEZCAR

Menguntungkan Anda Dengan Mudah!

Semua orang pasti nak untung, apatah lagi untung dari segi kewangan, mendapat manfaat yang terbaik dan sebagainya.

Program-program seperti dropship, ejen, affiliate dan lain-lain lagi selalu diadakan malah diuar-uarkan di internet untuk tujuan promosi ataupun menguntungkan anda.

Salah satunya adalah Program Referral Klezcar 2019.

 

Bagi anda yang mengenali Klezcar, Klezcar adalah sebuah perkhidmatan kereta sewa yang sedang bergiat aktif dalam memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan kereta sewa bajet, sederhana dan mewah di seluruh Malaysia.

Sekiranya anda seorang pelanggan kereta sewa, pasti anda sudah mengenali Kereta Sewa Klezcar yang amat popular sebagai kereta sewa mampu milik dan terbaik di Malaysia.

 

Bagi anda yang baru sahaja mengenali syarikat kereta sewa Klezcar ini,  anda harus tahu bahawa kereta sewa Klezcar bukan sahaja terbaik dalam penggunaan dan penyewaan keretanya tetapi juga telah memudahkan ramai masyarakat terutamanya golongan muda dalam menjana pendapatan sampingan.

Anda boleh mengaut keuntungan dengan mudah bersama kereta sewa Klezcar hanya dengan menjadi referral sahaja.

 

Kereta Sewa Klezcar Dan Kelebihannya

 

Tahukah anda kereta sewa Klezcar mempunyai bilangan kereta yang telah mencecah lebih dari 1000 buah kereta di seluruh Malaysia.

Nampak gaya pengguna kereta sewa Klezcar memang ramai dan ianya mendapat sambutan ramai.

Pasti anda tertanya-tanya kenapa begitu ramai pengguna kereta sewa Klezcar. Apakah kelebihan menggunakan kereta sewa Klezcar?

 

Sebelum menerangkan tentang cara mendapatkan keuntungan dengan program referral dari Klezcar Car Rental, jom lihat kelebihan dan kebaikan menggunakan kereta sewa Klezcar yang wajib anda tahu.

 

Kelebihan Kereta Sewa Klezcar Wajib Anda Tahu

 

  • Harga sewa kereta Klezcar amat rendah, murah dan berbaloi – Anda lebih jimat dari segi kos sewa, tambang dan sebagainya.
  • Penggunaan minyak kereta sewa yang minimum – Anda dapat menjimatkan kos dari segi minyak memandangkan kereta sewa Klezcar adalah kereta yang lebih jimat minyak dan penggunaan bahan api pula adalah sedikit.
  • Kereta sewa Klezcar wangi, bersih dan cantik seperti kereta baru
  • Kereta sewa Klezcar amat luas dan mempunyai ruang tempat duduk selesa untuk pemandu dan penumpang
  • Terdapat pelbagai jenis kereta sewa Klezcar boleh anda dapatkan iaitu kereta jenis kompak, sedan, mpv, suv dan juga kereta mewah
  • Anda juga boleh mendapatkan minivan bersama Klezcar
  • Kereta sewa Klezcar menyediakan khidmat chaffeur atau pemandu untuk anda jika anda mahukan
  • Cara pengambilan dan penghantaran kereta sewa Klezcar adalah mengikut lokasi yang terdekat dengan anda iaitu di mana-mana cawangan kereta sewa Klezcar yang berdekatan.
  • Penyelenggaraan kereta dilakukan terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada anda bagi mengelakkan berlaku masalah kereta
  • Kereta sewa Klezcar amat berkualiti dan tidak mudah rosak
  • Menawarkan khidmat bantuan kecemasan dan talian hotline yang boleh anda gunakan bila-bila masa

 

Program Referral Kereta Sewa Klezcar daftar disini

 

Patutlah ramai yang memilih kereta sewa Klezcar, manfaatnya sahaja cukup banyak untuk anda nikmati. Kini, anda boleh sertai Program Referral Kereta Sewa Klezcar yang menguntungkan ini.

Hanya langkah yang mudah, anda layak menerima pelbagai manfaat daripada khidmat kereta sewa Klezcar.

Tambahan pula jika anda merupakan salah seorang pengguna kereta sewa, program ini memang sesuai untuk anda!

Daftar disini

 

Siapa Yang Layak Menjadi Referrer?

 

Untuk pengetahuan anda, sesiapa sahaja pun layak untuk berdaftar menjadi referrar kereta sewa Klezcar termasuklah para remaja, ibu bapa, golongan pelajar, pekerja dan banyak lagi.

Ia tidak mengira pangkat umur, bangsa dan lokasi tempat tinggal yang berbeza sekalipun. Anda semua boleh mendaftar di website mereka secara online untuk menjadi referrer.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Setelah Mendaftar? 

 

Program Referrer KLEZCAR 2019 ini membuka peluang kepada anda untuk membantu lebih ramai masyarakat dalam mendapatkan kereta sewa yang murah dan berbaloi di mana sahaja lokasi mereka berada.

Program Referral Klezcar 2019 ini memberi peluang untuk anda menambah pendapatan dan mendapatkan komisen berdasarkan berapa banyak pelanggan menempah kereta sewa berdasarkan kod diskaun dan referral link yang anda promosi.

 

Ahli Referrar Terima Kod Diskaun dan referral link

 

Setelah anda mendaftar untuk menjadi referrar Klezcar 2019, anda akan mendapat kod diskaun mengikut referrar id anda.

Ia akan menandakan bahawa kod pelanggan gunakan untuk mendapat kereta sewa Klezcar adalah daripada hasil promosi anda.

Anda bebas mempromosikan kod diskaun ini kepada sesiapa sahaja bagi mendapatkan lebih banyak komisen sekiranya ramai yang menggunakan kereta sewa Klezcar.

 

Ahli Referrar Mulakan Promosi Kod Diskaun dan referral link

 

Kemudian, anda boleh mula promosikan atau uar-uarkan kod diskaun dan referral link tersebut setelah mendapatkan kod diskaun id anda.

Anda boleh promosikan kod diskaun dan referral link tersebut di mana-mana laman sosial atau whatsapp kepada rakan-rakan, keluarga dan sesiapa sahaja.

Pasti ramai yang inginkan kereta sewa Klezcar yang murah dan berkualiti beserta dengan kod diskaun lagi. Siapa yang taknak bercuti atau bersiar-siar dengan kadar kos yang amat rendah!

Inilah masanya untuk anda menaiki kereta sewa idaman anda bersama yang tersayang.

 

Pelanggan Gunakan Kod Diskaun atau referral link Kereta Sewa Klezcar

 

Sekiranya terdapat pelanggan atau prospek yang menggunakan kod diskaun atau referral link yang anda sebar atau promosikan tadi untuk mendapatkan kereta sewa Klezcar,  anda akan dapat komisen berdasarkan sewaan mereka.

Setelah mereka melihat kod diskaun dan berminat, mereka akan booking kereta sewa tersebut.

Dari sistem booking yang disediakan oleh pihak kereta sewa Klezcar, komisen referrar akan dicatatkan sebagai panduan komisen kelak.

Berapakah komisen Akan Anda Nikmati Dari Program Referral Klezcar?

 

Kod Diskaun dan referral link yang anda promosi akan memberikan anda pendapatan sampingan secara automatik setelah pelanggan menempah melalui sistem tempahan yang disediakan.

Anda akan menerima komisen sebanyak RM10 setiap kali tempahan dilakukan oleh pelanggan yang berminat.

Sekiranya hampir 10 orang menggunakan kod diskaun yang anda berikan dalam masa sehari, anda akan mendapat jumlah komisen sebanyak RM100 manakala untuk sebulan pula, RM1000.

Untungnya dengan hanya menjadi referrar Klezcar 2019, dapatlah anda kumpul sedikit duit poket kan!

 

Kelebihan Program Referrar KLEZCAR 2019

 

Banyak kelebihan menyertai Program Referrar KLEZCAR 2019 yang boleh anda dapatkan.

Ia bukan hanya untuk mereka yang meminati kereta atau memerlukan kereta sewa, tetapi untuk anda yang ingin meluangkan masa dengan lebih berfaedah ataupun inginkan pendapatan sampingan.

 

  1. Menjana Pendapatan Sampingan Dengan Mudah

 

Anda boleh menjana pendapatan sampingan dengan menjadi referrar Klezcar sahaja.

Bayaran komisen akan diberi mengikut kemampuan anda membuatkan prospek pelanggan menggunakan kod diskaun yang anda sebarkan sebagai kod diskaun untuk tempahan kereta mereka.

Anda boleh promosikan kod diskaun anda pada bila-bila masa dan masa yang fleksibel tana mengganggu kerja tetap anda.

 

  1. Memudahkan Semua Proses Penempahan Pelanggan

 

Dengan adanya program referrar, secara tidak langsung anda sedang membantu orang lain untuk mendaftar dan mendapatkan kereta sewa Klezcar dengan mudah kerana mereka akan masuk ke website kereta sewa Klezcar untuk menempah.

Ia amat bagus untuk pihak kereta sewa Klezcar dan juga para pelanggan.

 

  1. Lebih Jimat Dari segi Wang Dan Tenaga

 

Para pelanggan akan menikmati penjimatan dari segi wang dan tenaga iaitu mereka takkan membuang masa mencari kereta sewa di seluruh Malaysia.

Telah disyorkan kereta sewa Klezcar adalah kereta sewa terbaik untuk anda.

Anda juga dapat menjimatkan wang kerana telah layak mendapat diskaun dalam tempahan kereta kerana telah menggunakan kod diskaun yang telah anda dapatkan daripada referrar.

 

  1. Memudahkan Perjalanan Semua Pelanggan

 

Tahukah anda kereta sewa Klezcar adalah kereta sewa yang penuh sistematik, efektif dan berkualiti?

Kereta sewa Klezcar memudahkan perjalanan semua para pelanggan dimana mereka boleh menetapkan lokasi dan masa untuk pengambilan serta penghantaran kereta sewa kepada anda.

Paling menarik, pihak kereta sewa Klezcar turut menyediakan pemandu atau chaffeur sekiranya anda memerlukannya. Bagi majlis VVIP, company trip dan lain-lain lagi, lebih sesuai untuk anda gunakan khidmat pemandu kereta sewa Klezcar.

 

  1. Boleh Melakukan Promosi Pada Bila-Bila Masa

 

Program Referrar KLEZCAR 2019 membolehkan anda melakukan promosi bila-bila sahaja dan di mana jua anda berada.

Anda tak perlu masa yang tetap untuk melakukan promosi kod diskaun ini.

Tambahan pula, pasti ramai yang perlukan kereta sewa untuk ke pejabat, percutian, majlis, perjalanan jarak jauh atau dekat dan lain-lain.

Pasti semua prospek ini lebih memilih syarikat kereta sewa yang menawarkan potongan harga yang terbaik untuk kereta sewa yang diingini.

 

Terma Dan Syarat Kod Diskaun dan referral link Referrar KLEZCAR 2019

 

Program Referrar KLEZCAR 2019 ini menguntungkan semua pihak dengan mudah.

Pelanggan akan lebih teruja untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa Klezcar yang lengkap dan berkualiti dengan jumlah kereta dan jenama yang pelbagai.

Walaupun begitu, penting untuk anda ketahui bahawa pelanggan harus menyewa kereta sewa Klezcar sekurang-kurangnya minimum 1 hari.

Sekiranya kurang dari sehari atau mengikut kiraan jam, mereka tidak layak mendapatkan diskaun.

 

Selain itu, pelanggan kereta sewa Klezcar juga boleh mendapat diskaun dengan membuat tempahan kereta sewa Klezcar di laman sesawang kereta sewa Klezcar.

Selain daripada website Klezcar, sebenarnya kereta sewa Klezcar boleh anda dapatkan dengan cara emel, sms dan juga hubungi talian hotline 24 jam untuk menempah.

Namun begitu, hanya tempahan melalui website sahaja yang diterima untuk anda dapatkan diskaun.

 

Jangan Lupa Claim Komisen Anda

 

Bermula dari pendaftaran referrar yang membolehkan anda menerima kupon kod. Anda akan mendapat diskaun sekiranya iklan atau promosi yang anda lakukan di laman internet atau media sosial anda digunakan oleh para pelanggan.

Penting mencari target sasaran yang berminat dan berkenaan.

Oh ya, mungkin anda boleh promosikan kod kupon dan referral link.

Iklankan kod kupon dan referral link  anda di group-group facebook berkaitan kereta sewa atau tempat percutian di seluruh negeri.

Maklumlah, Kereta Sewa Klezcar merupakan syarikat kereta sewa terbesar di Malaysia.

 

Apa lagi, jom daftar referrar dan dapatkan kod diskaun untuk anda mulakan promosi pada hari ini!

Kemudian, anda boleh kira dan dapatkan komisen anda dengan mudah dan pantas.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *