Cars For Everyone, Anytime & Anywhere – KLezCar
Cars For Everyone, Anytime & Anywhere – KLezCar

Kenapa Anda Patut Menyewa Kereta di Larkin Johor? Ini Sebabnya

Klezcar Larkin

Larkin adalah sebuah daerah yang terdapat di dalam kawasan Johor Bahru. 

Terletak kira-kira 5 kilometer dari pusat bandaraya Johor Bahru, Larkin menjadi salah satu tempat tumpuan ramai orang, ini kerana terdapat stesen bas disini iaitu Larkin Sentral. 

Terminal Larkin Sentral ini merupakan pusat pengambilan penumpang untuk semenajung Malaysia dan Singapura.

Bukan hanya terdapat Terminal Larkin Sentral, Larkin juga mempunyai tempat menarik yang boleh dikunjungi jika anda merancang untuk berjalan ke Johor Bahru. 

Jika anda datang ke Johor Bahru dengan menaiki bas, anda boleh menyewa kereta di sini untuk memudahkan lagi perjalanan anda di Johor Bahru. 

Dengan menggunakan perkhidmatan kereta sewa perjalanan anda menjadi selamat dan lancar. 

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lagi mengenai tempat menarik di Larkin Johor bersama teman perjalanan anda di Johor Bahru KLezcar.

Sebab Perlu Sewa Kereta di Larkin

Jika anda merancang untuk datang berjalan ke Johor Bahru dan menggunakan perkhidmatan bas anda jangan risau untuk memikirkan perjalanan anda disini setelah sampai nanti. 

Anda boleh menggunakan perkhidmatan kereta sewa yang anda untuk memudahkan perjalanan anda di Johor Bahru.

Berikut ialah sebab utama kenapa anda perlu menyewa kereta semasa perjalanan anda di Larkin.

1. Keselesaan

Sesetengah orang menyewa kereta kerana ingin memberikan keselesaan tertentu kepada ahli keluarga. 

Berjalan di Johor Bahru menjadi lebih selesa jika anda menyediakan kereta yang selesa dengan saiz keluarga anda. 

Anda boleh pilih kereta sewa yang anda inginkan.

2. Perjalanan Tanpa Had

Larkin mempunyai tempat menarik yang boleh anda berjalan bersama keluarga. 

Dengan menggunakan perkhidmatan kereta sewa dapat memudahkan perjalanan anda untuk melawat tempat menarik di Larkin tanpa anda bimbang.

3. Tuntutan Bekerja

Jika anda datang ke Larkin atas tujuan bekerja, menyewa kereta adalah pilihan terbaik. 

Anda boleh memilih kereta mengikut kesesuaian anda. 

Jimat perbelanjaan serta penyelenggaran tak perlu  fikir banyak kan?

4. Ambil Terus di Terminal Larkin Sentral

Setibanya anda di Larkin Sentral anda tak perlu lagi bersusah payah untuk mencari kereta sewa, dengan kereta sewa KLezcar anda hanya perlu menempah kereta secara online dan KLezcar Larkin akan terus menghantar kereta pilihan anda.

Kereta Sewa KLezcar

Terdapat 4 jenis kereta sewa yang disediakan oleh KLezcar mengikut kesesuaian serta kemampuan anda. 

Kesemua jenis kereta sewa ini terdapat di semua cawangan termasuk di Larkin Johor. 

Berikut adalah jenis kereta sewa yang disediakan oleh KLezcar untuk memudahkan anda membuat pilihan dalam perjalanan anda di Larkin Johor.

1. Kereta Sewa Kompak

Kereta sewa kompak ini seperti Iriz, Myvi, Axia dan Viva ini sesuai untuk anda yang ingin menggunakannya secara individu atau mempunyai saiz keluarga yang kecil. 

Selain itu juga, kereta jenis ini antara kereta sewa yang menawarkan bajet yang lebih rendah berbanding kereta jenis lain.

2. Kereta Sewa Sedan

Antara contoh kereta sedan ialah Toyota Vios, Honda City, Saga dan Bezza. 

Kereta sewa jenis ini sesuai untuk anda berkeluarga dan penumpang yang tidak lebih daripada 6 orang. 

Jika anda datang ke Larkin bersama keluarga anda boleh lah cuba kereta sewa sedan ini.

3. Kereta Sewa MPV

Sesuai untuk anda yang datang ke Larkin bersama keluarga besar anda. 

Kereta sewa MPV ini tampak lebih elegan dan lasak sesuai untuk perjalanan jauh bersama keluarga. 

Mempunyai tempat duduk yang lebih besar dan ruang yang besar boleh memuatkan sehingga 12 orang penumpang bergantung kepada jenis kereta MPV. 

Antara kereta sewa MPV ialah Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Ford Ranger dan pelbagai lagi.

4. Kereta Sewa Mewah

Kereta sewa murah ini jangan tak tahu mempunyai kelompok peminat yang tersendiri tau. 

Antara kereta sewa mewah yang ada ialah Mercedes dan BMW. 

Kadangkala penyewa menyewa kereta mewah kerana mempunyai majlis tertentu dan juga trip yang mempunyai perjalanan jauh, Tak salah kan sesekali jika anda mempunyai lebihan bajet anda menyewa kereta mewah sebagai keselesaan perjalanan anda.

Tempat Menarik Di Larkin Johor

Baik setelah kita mengetahui kebaikan menyewa kereta di Larkin serta jenis kereta  sewa yang anda boleh pilih, kini anda perlu mengetahui tempat menarik yang anda boleh lawati semasa di Larkin Johor.

Berikut adalah beberapa cadangan tempat menarik di Larkin Johor, jom baca!

1. Stadium Larkin

Stadium Larkin

Buat peminat bola sepak, apabila dah sampai Larkin wajib datang ke Stadium Larkin yang terletak di Jalan Dato Onn Jaafar. 

Stadium Larkin yang juga dikenali sebagai Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos dibina pada tahun 1964 ini boleh menampung seramai 30,000 penonton. 

Boleh bayangkan tak betapa besarnya Stadium Larkin ini.  Anda boleh bergambar di Stadium ini untuk dijadikan sebagai kenangan.

2. Danga Bay

Danga Bay

Danga Bay menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik untuk anda cuba bersama keluarga. 

Terdapat pelbagai foodcourt, kedai makan dan pelbagai makanan yang lain yang boleh dicuba. 

Apa yang menarik, untuk mendapatkan lagi pemandangan yang cantik anda boleh datang pada waktu malam memang cukup cantik dengan lampu malam yang dihiasi dengan pelbagai warna. 

Anda juga boleh melakukan aktiviti berbasikal dan bermain layang-layang disini. 

Di Danga Bay juga menawarkan taman permainan kanak-kanak yang pasti memberi keriangan untuk anak-anak anda. 

Selain itu di Danga Bay juga anda dapat melihat kehidupan malam warga Singapura yang terletak di seberang selat Tebrau. 

3. Hutan Bandar MBJB

Hutan Bandar MBJB

Hutan Bandar MBJB ini merupakan hutan di tengah bandar Bandaraya Johor Bahru ini merupakan tempat yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga. 

Mempunyai kawasan seluas 50 ekar terdapat banyak kemudahan yang ada disini antaranya ialah trek laluan jogging, kolam ikan dan kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak bermandi manda. 

Ramai yang datang kesini untuk mengambil udara segar dan juga terdapat food court di sini.

4. Laman Mahkota Istana Bukit Serene

Laman Mahkota Istana Bukit Serene​

Berdekatan dengan Danga Bay, Istana Bukit Serene merupakan kediaman rasmi Sultan Johor.  

Laman Mahkota Istana Bukit Serene ini terletak berhadapan dengan pintu utama Istana Serene ini mempunyai mercu yang tersergam indah iaitu  Mahkota Johor. 

Berketinggian 35 meter, Mahkota Johor ini dihiasi dengan motif tradisional dan ukiran yang menarik. 

Terdapat pancuran air yang dihiasi dengan lampu warna-warni pada waktu malam, memang cantik.

Rancang Perjalanan Anda

Jadi anda sudah tahu beberapa tempat menarik yang boleh dilawati di Larkin Johor, kini adalah untuk merancang perjalanan anda.

Cara terbaik untuk merancang perjalanan anda ialah menentukan tempat yang anda ingin lawati terlebih dahulu. 

Jadikan perjalanan anda lebih mudah dan lancar dengan menggunakan perkhidmatan kereta sewa dari KLezcar Larkin.

Muat Turun Aplikasi Klezcar Klik Butang Di Bawah​

untuk buat tempahan Kereta Sewa