Cars For Everyone, Anytime & Anywhere – KLezCar
Cars For Everyone, Anytime & Anywhere – KLezCar

10 Tempat Makan Menarik Di Senawang yang Harus Anda Cuba Bersama KLezcar

Senawang merupakan bandar satelit yang terletak di dalam Seremban. 

Jarak perjalanan hanya 7km dari Seremban ini terletak di kawasan yang lebih tinggi daripada bandar lain di Seremban. 

Bandar ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Seremban. Kawasan Senawang juga banyak dengan bangunan perindustrian serta pembangunan yang sedang dibina. 

Selain itu Senawang menjadi pintu masuk utama ke Lebuhraya LEKAS (Lebuhraya Kajang Seremban) yang menghubungkan Negeri Sembilan dan Selangor.

Bila dah berjalan tempat orang perkara wajib yang kita cari adalah tempat makan yang sedap dan menarik. Dah penat berjalan sudah sampai masanya mengisi perut yang kosong. 

Di Senawang sendiri banyak tempat makan yang sedap anda boleh cuba. 

Tapi anda jangan risau artikel kali ini kami akan bantu anda menyenaraikan tempat makan sedap di Senawang. 

Paling best bila Jalan-jalan cari makan bersama KLezcar, kereta sewa pilihan no 1 Malaysia!  Jom baca

Senawang

10 Tempat Makan Menarik di Senawang

1. Dapur Berasap

Dapur Berasap

Dengar nama pun dah unik kan? 

Belum lagi anda mencuba makanan yang dihidangkan di sini. 

Menawarkan makanan barat atau western pasti cukup mengenyangkan anda. 

Portion yang dihidangkan juga cukup banyak memang kenyang! 

Seperti kita tahu makanan hidangan barat ini agak mahal, tapi di Dapur Berasap dengan serendah RM5 anda boleh merasakan makanan western ini.

Rata-rata pelanggan cukup berpuas hati dengan hidangan yang disediakan serta perkhidmatan mereka juga cukup baik. 

Jangan lupa datang makan di sini sekiranya anda berjalan di Senawang, memang tidak mengecewakan

2. Nasi Arab Damsyik

Nasi Arab Damsyik

Buat peminat makanan Arab, kedai makan seterusnya pasti memberikan anda kegembiraan. 

Nasi Arab Damsyik yang terletak di Jalan Cattleya ini menawarkan pelbagai hidangan Arab yang pasti membuatkan anda rambang mata untuk memilihnya. 

Dengan reka bentuk dalaman seperti di Timur Tengah, anda pasti membayangkan anda berada disana sambil menikmati hidangan mereka.

Antara hidangan mereka yang best selling ialah shawarma, mandy lamb shank, kebab kambing dan nasi arab Damsyik. 

Semua menu mereka ini memang penuh rasa aroma rempah membuatkan anda tak sabar nak mencubanya.

3. Laksa Tempurung Senawang

Laksa Tempurung Senawang

Terletak di Taman Senawang Indah Laksa Tempurung Senawang ini menyediakan laksa sebagai hidangan utama mereka. 

Apa yang menarik dengan laksa mereka adalah presentation laksa tersebut cukup menarik. Dipenuhi dengan kuah laksa yang pekat, telur sarang burung menjadi penghiasan utama untuk laksa ini. 

Mempunyai rasa yang rangup memberikan kombinasi yang cukup sedap bila dimakan bersama laksa. 

Belum cukup terliur dengan menu laksa mereka, kedai ini juga turut menyediakan hidangan menu yang lain seperti masakan goreng panas. 

Untuk anda yang tak makan laksa boleh lah cuba menu mereka yang lain.

4. Gerai Kak Ngah

Gerai Kak Ngah

Bila dah lidah melayu pergi lah jauh mana pun pasti mencari masakan lauk pauk melayu. 

Gerai Kak Ngah ini menawarkan pelbagai jenis hidangan lauk pauk yang boleh buatkan anda rambang mata nak pilih. 

Terletak di Rumah Pangsa Senawang, di Gerai Kak Ngah ini menyediakan hidangan rasa asli Negeri Sembilan. 

Terkenal dengan kepedasan, di sini terdapat lauk masak lemak cili api buat anda kaki makan pedas. 

Memang berpeluh habis bila makan. 

Paling menarik disini sambil anda menikmati juadah, anda akan dihidangkan dengan persembahan busker mereka. Pasti tak bosan.

5. Restoran Aishah Tomyam & Seafood

Restoran Aishah Tomyam & Seafood

Restoran Aishah Tomyam ini memang popular di kalangan warga Senawang. 

Sentiasa penuh dengan kehadiran orang. 

Menyediakan hidangan makanan Thailand sesuai untuk mereka cintakan Tomyam. 

Dengan harga yang cukup berpatutan anda tak perlu risau kalau nak makan dengan portion besar disini. 

Salah satu kedai Tomyam yang terkenal di Senawang. 

Persekitaran yang bersih membuatkan anda rasa selesa untuk menikmati hidangan

6. Ikan Bakar Seremban

Ikan Bakar Seremban

Ikan Bakar Seremban yang terletak di Taman Tuanku Jaafar menawarkan hidangan ikan Bakar yang dibakar menggunakan arang. 

Menarik kan. Jarang kita lihat sekarang menggunakan arang. Disini juga selain ikan bakar, mereka juga menawarkan hidangan lauk pauk yang menarik dan sedap. 

Makan bersama ikan bakar yang dilumur dengan sambal buatkan mereka sendiri pasti terangkat. 

Harga mereka disini juga berpatutan. Jangan lupa singgah disini!

7. Baryani Kambing 30 Hari

Baryani Kambing 30 Hari

Kalau di Johor terkenal dengan Restoran Kari Kambing 44 hari, di Senawang pula mempunyai Baryani Kambing 30 Hari. 

Terletak di Senawang Indah, kedai ini menyediakan hidangan nasi baryani serta kuah yang akan memikat selera anda. 

Portion untuk setiap hidangan juga amat sesuai jika anda datang bersama keluarga anda. 

Antara menu yang popular di sini ialah nasi arab kambing, baryani kambing dan nasi mandy ayam. 

Anda jangan risau dengan harga mereka, mereka menawarkan harga yang bersesuaian dengan menu hidangan mereka.

8. AJ Legend Kitchen 2

AJ Legend Kitchen 2

Jangan lupa datang singgah di AJ Legend Kitchen 2 yang terletak di Pusat Bandar Senawang. 

Memang pelbagai hidangan yang ada dari western sehingga lah melayu. Anda boleh pilih hidangan mengikut selera anda. 

Antara menu yang sering di pesan ialah nasi kandar, nasi lemak ayam goreng dan chicken chop. 

Mereka bukan hanya bertumpukan satu hidangan sahaja malah banyak hidangan yang pasti  membangkitkan selera anda.

9. Kendong Char Kuey Teow

Kendong Char Kuey Teow

Jangan tak tahu di Senawang juga mempunyai kedai yang menghidangkan char keow teow sebagai menu utama mereka. 

Rasa yang sama seperti di Utara pasti anda tak nak lepaskan peluang untuk mencubanya. 

Tak perlu lagi nak ke Utara untuk mencari char kuey teow yang sedap, di Senawang pun dah ada tau.

Bukan hanya kuey teow malah mereka turut menyajikan pelbagai hidangan makanan bergoreng untuk anda. 

Kalau ada ahli keluarga anda yang tidak makan char kuey teow boleh lah pesan hidangan lain. 

Apa yang menarik, hidangan yang mereka hidangkan ni mempunyai portion yang sangat banyak. 

Makan berjimat ya!

10. Restoran Ayam Penyet Restu Barokah

Restoran Ayam Penyet Restu Barokah

Terletak di Taman Komersil Senawang, Restoran Ayam Penyet buat anda penggemar makanan dari Indonesia. 

Orang kata less is more, tak perlu menggunakan banyak hidangan sampingan lain, cukup dengan ayam goreng, nasi putih dan sambal penyet. 

Antara hidangan lain yang ada ialah paru berlado, sup buah dan sup daging. 

Memang berpeluh lah jika anda menikmati ayam penyet mereka.

Jalan-jalan Cari Makan Bersama KLezcar

Berjalan sambil mencari makan di Senawang menjadi lebih menarik apabila anda menjadikan KLezcar sebagai teman perjalanan anda. 

Tempah kereta sewa anda di cawangan kami Klezcar Senawang dan nikmati perjalanan pencarian makanan yang menarik dan sedap di Senawang dengan selamat dan lancar.

Nak lebih mudah dan jimat anda boleh tempah melalui Google Play dan App Store dan gunakan kod RM10NEWEST untuk mendapat diskaun sebanyak RM10 untuk tempahan kali pertama anda dengan kami.

Tunggu apa lagi tempah sekarang tanpa rasa ragu-ragu kerana kami adalah perkhidmatan kereta sewa yang mudah dan berpatutan di Malaysia!

Muat Turun Aplikasi Klezcar Klik Butang Di Bawah