
Kota Bharu merupakan ibu negeri Kelantan juga digelar sebagai KB.
Terletak di bahagian timur laut Semenajung Malaysia dan juga berhampiran muara Sungai Kelantan.
Selain itu juga di Kota Bharu masih lagi mengekalkan bangunan keagamaan, seni bina ukiran klasik istana lama dan muzium-muzium yang berunsurkan seni bina klasik.
Kota Bharu juga terkenal dengan tumpuan pelancong berbanding bandar yang ada di Kelantan, mungkin kerana di Kota Bharu banyak tempat menarik yang boleh dilawati dan makanan yang sedap dan mudah didapati disini.
Dengan keunikan warisan tradisi dan pesona seni yang mengagumkan, Kota Bharu menawarkan pelbagai tempat menarik yang pasti memikat hati anda.
10 Tempat Menarik di Kota Bharu
Dalam artikel kali ini kami nak bawa anda berjalan-jalan dan menyenaraikan 10 tempat menarik di Kota Bharu Kelantan bersama teman perjalanan anda KLezcar.
Jom berjalan!
1. Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah adalah sebuah tempat beli-belah yang terkenal di Kota Bharu tempat di mana kehidupan dan kebudayaan setempat berkumpul dalam suasana yang meriah dan menarik.
Apabila anda melangkah masuk ke dalam pasar ini, anda akan disambut dengan jualan pelbagai barangan seperti makanan tradisional, sayur-sayuran segar, pakaian dan kain ela dan banyak lagi.
Pengunjung juga dapat mencuba pelbagai hidangan tempatan yang lazat seperti nasi dagang, nasi kerabu, dan lain-lain di gerai makanan yang ada di dalam pasar ini.
Jika anda merancang perjalanan ke Kelantan, jangan lepaskan peluang untuk melawat Pasar Siti Khadijah dan merasai pengalaman yang tidak dapat dijual beli.
2. Masjid Ar-Rahman

Masjid Ar-Rahman, sebuah mercu tanda keagamaan yang megah terletak di Kota Bharu.
Masjid Ar-Rahman juga menjadi tarikan ramai pelancong bukan hanya dalam Negara bahkan luar Negara kerana terkenal dengan seni bina Islam yang cantik dan menawan.
Struktur masjid ini dihiasi dengan hiasan seni bina tradisional Melayu dan Jawa yang mencerminkan keunikan seni bina Islam di rantau ini.
Setibanya di sini, anda akan terpukau dengan keindahan seni bina danseni bina masjid yang mewah.
Salah satu masjid yang patut anda datang di Kelantan untuk merasai pengalaman menunaikan ibadah disini serta melihat keasyikan seni bina masjid ini
3. Menara Rehal

Salah satu tempat wajib dikunjungi di Kota Bharu ialah Menara Rehal, tak lengkap rasanya percutian anda jika tidak berkunjung di sini.
Menara Rehal sebuah tugu seni bina bersejarah yang megah berdiri di tengah-tengah Kota Bharu.
Menara Rehal bukan sahaja mempunyai seni bina yang menakjubkan, tetapi juga simbol penting dalam sejarah dan budaya di Kelantan.
Keindahan seni bina dan nilai sejarah budaya yang ada menjadikannya tempat yang wajib dikunjungi bagi menghargai seni dan keindahan Islam sendiri.
4. Street Art Kota Bharu

Kota Bharu bukan sahaja terkenal dengan warisan tradisi, tetapi juga menjadi tumpuan para untuk pecinta seni jalanan atau street art.
Jangan tak tahu di Kelantan juga mempunyai lukisan mural yang mempamerkan kebudayaan serta identiti negeri Kelantan.
Anda akan melihat lukisan pada setiap dinding yang menggambarkan kehidupan nelayan serta tradisi dan budaya tempatan.
Pelukis dan seniman jalanan tempatan telah menyumbangkan bakat dan usaha mereka untuk memberikan wajah baru bandar Kota Bharu dengan seni jalanan yang indah.
Buat anda pencinta seni jangan lepaskan peluang untuk menikmati kecantikan lukisan mural dan bergambar dengan lukisan ini.
5. Muzium Negeri Kelantan

Muzium Negeri Kelantan merupakan tempat warisan penting yang mempamerkan kekayaan sejarah, budaya dan seni negeri Kelantan.
Muzium ini mempamerkan koleksi artifak, infografik sejarah dan barang antik yang berkaitan dengan sejarah dan budaya Kelantan.
Anda akan melihat pameran mengenai seni kraftangan tempatan, seperti songket, batik dan tikar rotan, salah satu kraftangan unik di Kelantan.
Buat anda peminat sejarah dan budaya jangan lepaskan peluang untuk datang dan melihat sendiri kepelbagaian budaya Kelantan.
6. Istana Jahar

Selain Muzium Kelantan, antara destinasi yang mempunyai peninggalan sejarah di Kelantan ialah Istana Jahar.
Istana Jahar menjadi saksi era kegemilangan dan kegemilangan kerabat diraja Kelantan dan menjadi destinasi menarik bagi pelancong dan penduduk tempatan yang ingin menikmati keindahan warisan budaya Kelantan.
Istana Jahar mempunyai seni bina Melayu yang elegan dan istimewa.
Daripada arca berukir hinggalah kepada tiang tradisional, setiap perincian di dalam dan luar bangunan mencerminkan kehalusan seni bina Melayu.
Pengunjung akan terpesona dengan kemegahan dan keindahan seni bina tradisional yang diabadikan dalam Istana Jahar.
Kini Istana Jahar berfungsi sebagai Muzium Kebudayaan dan pengunjung akan dapat menyaksikan pameran tentang sejarah Kelantan, adat resam, kraftangan tradisional dan seni bina Melayu yang unik.
7. Pasar Wakaf Che Yeh

Selain Pasar Khadijah, antara pasar yang terkenal dengan tempat tumpuan pelancong adalah Pasar Wakaf Che Yeh.
Di sini anda akan menemui pelbagai barangan seperti pakaian, kasut, aksesori, elektronik, barangan rumah dan pelbagai lagi dengan harga yang cukup berpatutan.
Pasar ini menjadi lebih meriah pada waktu malam apabila lebih banyak kedai yang dibuka.
Lampu neon berwarna-warni dan bunyi yang kuat menambahkan lagi suasana yang menarik di sini.
8. Pantai Cahaya Bulan

Pantai Cahaya Bulan, juga dikenali sebagai PCB merupakan salah satu pantai yang cantik dan menarik di Kota Bharu.
Dengan pasir putih yang halus dan air laut yang biru jernih, pantai ini menjadi tarikan popular di kalangan pelancong tempatan dan luar.
Salah satu keunikan Pantai Cahaya Bulan ialah menikmati pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan.
Pantai Cahaya Bulan juga merupakan tempat yang popular untuk menjamu selera dan menikmati makanan laut yang segar.
Anda boleh menikmati hidangan ikan bakar atau makanan laut lain sambil menikmati pemandangan laut yang menenangkan.
Dengan keindahan pantai, aktiviti menarik dan matahari terbenam yang menakjubkan, pantai ini menawarkan pengalaman yang unik untuk pelancong.
9. Padang Merdeka

Padang Merdeka adalah salah satu lokasi paling ikonik di Kota Bharu.
Di sekitar Padang Merdeka, terdapat beberapa monumen dan mercu tanda bagi memperingati peristiwa bersejarah dan tokoh penting.
Pengunjung boleh bersiar-siar di sekitar padang untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah dan warisan Kelantan.
10. Menara Jam Tambatan DiRaja

Menara ini dahulunya berfungsi sebagai penunjuk masa bagi penduduk setempat dan menandakan ketibaan pelabuhan bot di muara Sungai Kelantan.
Seni bina menara ini mencerminkan kehalusan dan keindahan seni Melayu serta mempamerkan kemegahan warisan seni dan budaya Kelantan.
Anda boleh menaiki menara ini dan melihat keindahan bandar Kota Bharu.
1. Perjalanan Di Kota Bharu Lebih Menarik Bersama KLezcar
Banyak tempat menarik di Kota Bharu yang telah kami senaraikan untuk anda.
Kota Bharu bukan sahaja kaya dengan tradisi dan budaya malah banyak aktiviti yang menarik anda boleh lakukan di sini bersama keluarga.
Lagi menarik jika anda melawat Kota Bharu bersama kereta sewa kerana boleh memudahkan lagi perjalanan anda di Pantai Timur.
Di Kota Bharu anda boleh mendapatkan perkhidmatan sewa kereta kami di KLezcar Kota Bharu.
Tempah kereta anda secara atas talian isikan maklumat peribadi, dan ambil kereta di KLezcar Kota Bharu atau anda boleh tetapkan pickup point untuk kami hantar terus kereta kepada anda dan last sekali buka kunci kereta anda menggunakan aplikasi kami.
Mudah kan?