https://www.googletagmanager.com/gtag/js?id=AW-16468512327
Cars For Everyone, Anytime & Anywhere – KLezCar
Cars For Everyone, Anytime & Anywhere – KLezCar

Senarai 5 Tempat Menarik Di Pasir Mas Kelantan Untuk Panduan Anda

Pasir Mas ialah sebuah jajahan daripada 11 buah jajahan yang terdapat dalam negeri Kelantan. Pasir Mas juga  bersempadan dengan Jajahan Kota Bharu di sebelah timurnya dan Jajahan Tumpat di sebelah utaranya. Ia juga bersempadan dengan negara Thailand di sebelah barat dan di sebelah selatan bersempadan dengan Jajahan Tanah Merah.

Pasir Mas

Pasir Mas dikenali sebagai salah satu bandar utama di Kelantan, dan ia mempunyai daya tarikan unik yang pasti akan memukau hati pengunjung. Jika anda merancang untuk melawat Kelantan, Pasir Mas adalah destinasi wajib dikunjungi. Bukan sahaja kaya dengan warisan dan kebudayaan yang ada malah Pasir Mas juga menawarkan pelbagai tempat menarik untuk dilawati.

5 Tempat Menarik Di Pasir Mas

Pasir Mas terletak di kawasan strategik dan bersempadan dengan Thailand, jadi rugi jika anda dah sampai Kelantan tapi tak meneroka keindahan Pasir Mas.  

Jom kami senaraikan 5 tempat menarik Pasir Mas Kelate untuk panduan anda.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

1. Kuil Wat Uttamaram

1. Kuil Wat Uttamaram​

Terletak di Terasek, kuil ini ditubuhkan sekitar tahun 1925 yang dikenali sebagai Tok Raja. 

Dalam pekarangan kuil ini juga terdapat padang bola sepak, badminton, bola tampar dan gelanggang futsal serta taman permainan kanak-kanak untuk pengunjung

2. Tasik Danau To’ Uban

2. Tasik Danau To’ Uban​

Ia merupakan tasik buatan yang popular di kalangan penduduk tempatan dan pengunjung, yang menawarkan suasana santai dan pemandangan semula jadi yang menakjubkan. 

Selain itu, anda boleh berjalan-jalan di sekitar tasik, membuat aktiviti perkhemahan, atau sekadar duduk bersantai sambil menikmati pemandangan air dan alam semula jadi di sekitarnya.

Tempat ini juga merupakan tumpuan bagi penggemar memancing. 

Anda boleh menyewa alat memancing dan menikmati waktu menikmati hobi memancing sambil menikmati keindahan tasik yang sangat mengasyikkan.

3. Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang

3. Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang​

Kompleks ini terkenal dengan menjual pelbagai barangan bebas cukai termasuk pakaian, aksesori, produk elektronik, barangan kraf tangan, dan lain-lain. 

Pelbagai jenis produk dapat ditemui di sini dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan harga pasaran kerana bebas cukai. 

Jika anda merancang untuk mengunjungi Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang, pastikan anda menyediakan masa yang mencukupi untuk menjelajahi pusat perdagangan ini dan merasai pengalaman berbelanja yang berbeza.

4. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail

Pasir Mas

Masjid ini dibina untuk memperingati Jubli Perak ke-25 pemerintahan Sultan Ismail Petra, Sultan Kelantan yang ke-28. 

Ia merupakan salah satu masjid yang unik dan menarik di Kelantan kerana seni binaannya yang diilhamkan oleh seni bina tradisional Cina.

Ciri utama masjid ini adalah seni binanya yang menggabungkan unsur seni Cina dan Islam. 

Bangunan masjid ini mempunyai reka bentuk yang menyerupai seni bina Cina dengan bumbung berlapis-lapis dan hiasan seperti masjid-masjid di Beijing, China.

5. Masjid Brunei Darussalam (Masjid Terapung)

5. Masjid Brunei Darussalam (Masjid Terapung)​

Kalau anda nak tahu Masjid Brunei Darussalam merupakan masjid atas air terapung pertama di Malaysia

Masjid yang terletak di Danau To’ Uban ini telah diwakafkan sendiri oleh Sultan Brunei.  

Suasana di kawasan Masjid ini amat mendamaikan dan mententeramkan jiwa dan sesuai dijadikan kawasan pengajian terutama bagi pelajar Tahfiz di sini.

5 Tempat Makan Sedap Di Pasir Mas

Apabila dah puas berjalan, pasti anda ingin mencari tempat makan yang sedap pula kan. 

Kedai makan yang menawarkan hidangan yang sedap pasti berbaloi untuk anda yang berjalan di negeri orang. 

Berikut adalah senarai 5 tempat makan menarik pilihan kami di Pasir Mas.

1. Kedai Laksam Telur Puyuh Best Kelar

Merupakan kedai yang popular di kalangan penduduk tempatan, Kedai Laksam ini menawarkan hidangan menu Kelantan yang cukup sedap. 

Laksam merupakan menu sinonim di Pantai Timur, kalau anda mencari laksam yang sedap kedai ini adalah pilihan yang tepat. 

Disajikan pula dengan telur puyuh pasti membuatkan anda tak sabar ingin menikmati hidangan ini. 

Jangan lepaskan peluang untuk merasai the best Laksam in town!

2. Che Nah Mee Rebus Sedap

Buat penggemar mee rebus, kedai makan che nah ini rugi jika anda tak singgah. 

Menawarkan hidangan mee rebus yang sedap pasti memikat selera anda. 

Jangan pandang sebelah mata dengan kedai ini, walaupun hanya kedai makan biasa tapi makanan yang ada di sini cukup sedap.

3. Warong Nasi Kerabu

Nasi Kerabu memang tidak asing lagi dengan Kelantan. 

Merupakan menu wajib untuk anda rasa jika anda datang melawat Kelantan. 

Di Kelantan memang dah terbiasa mengambil sarapan pagi yang berat antaranya nasi kerabu. 

Warong Nasi Kerabu yang terletak di Pekan Pasir Mas ini menawarkan hidangan nasi kerabu asli. 

Nasi Kerabu mereka boleh dikatakan adalah yang terbaik di Kelantan. 

Rugi jika anda tak cuba merasai kenikmatan nasi kerabu disini.

4. Restoran Sri Lemal Lemal

Restoran yang terletak di Jalan Lemal ini menawarkan hidangan mee udang yang cukup sedap dengan harga yang berpatutan. 

Udang yang digunakan dalam hidangan ini cukup besar.  

Restoran ini juga menyediakan hidangan Thai yang cukup enak. 

Anda wajib merasai Tomyam mereka kerana mereka mempunyai Tomyam yang sedap disini.

5. Selera AN Niesha

Datang makan di kedai ini pasti anda rambang mata kerana banyak kedai kecil atau vendor yang ada disini. 

Anda boleh pilih pelbagai jenis makanan yang ada

Daripada makanan ringan seperti burger sehingga lah western semuanya ada disini. 

Memang boleh jadi rambang mata bila anda masuk dalam kedai ini.

Jom Sewa Kereta Dengan KLezcar

Berjalan di Pasir Mas menjadi lebih menarik jika anda menggunakan perkhidmatan sewa kereta dari Klezcar. 

Ini kerana kami akan membantu anda dalam semua urusan kereta sehingga habis. 

Anda jangan risau kami juga mempunyai cawangan KLezcar Pasir Mas

Usai anda tiba di Pasir Mas anda boleh datang terus ke cawangan kami atau kami boleh terus menghantar dengan tempat pickup point yang anda inginkan. 

Jom baca kenapa sewa kereta KLezcar ini berbaloi.

1. Ambil dan Pulang Kereta di Lokasi Berlainan

Antara kemudahan sewa kereta kami, anda boleh mengambil dan memulangkan kereta pada lokasi berlainan. 

Sebagai contoh anda boleh ambil kereta sewa di KLezcar Pasir Mas dan pulangkan kembali kereta di Kota Bharu. 

Untuk mendapatkan kemudahan ini, anda perlu menyewa kereta sekurang-kurangnya 3 hari ke atas dan terdapat caj tambahan bergantung kepada jarak lokasi.

2. Bantuan Kecemasan 24 Jam

Kami juga menyediakan bantuan kecemasan 24 jam untuk anda sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. 

Anda hanya perlu menelefon di talian kecemasan kami 013-6454040 dan nyatakan permasalahan serta lokasi anda.

3. Zero Deposit

Kebiasaannya syarikat sewa kereta akan meminta deposit sebagai cagaran sewaan kereta jika terjadi perkara yang tidak diingini. 

Tidak bagi kami, kami tidak akan meminta sebarang deposit kepada anda, anda hanya perlu bayar jumlah kereta sewa yang anda inginkan. 

4. Proses Online

Bagi memudahkan urusan tempahan sewa kereta, anda tidak perlu untuk datang ke pejabat kami. 

Anda boleh membuat tempahan sewa kereta melalui atas talian. 

Anda hanya perlu isi maklumat peribadi, pilih kereta sewa pilihan serta pelbagai lagi maklumat yang diperlukan. 

Segala resit kami akan hantar melalui emel anda.

Menarik dan mudahkan  jom tempah kereta sewa anda sekarang di KLezcar!

Ingin lebih penjimatan sewa kereta? 

Gunakan kod RM10NEWST untuk RM10 diskaun pada tempahan pertama anda di aplikasi, muat turun sekarang!  Google Play dan App Store

Muat Turun Aplikasi Klezcar Klik Butang Di Bawah​

untuk buat tempahan Kereta Sewa