https://www.googletagmanager.com/gtag/js?id=AW-16468512327
Cars For Everyone, Anytime & Anywhere – KLezCar
Cars For Everyone, Anytime & Anywhere – KLezCar

Menyelami 3 Tempat Makanan Menarik di Sekitar Pengkalan Chepa Kelantan

Pengkalan Chepa

Salah satu tempat menarik yang ada di Kelantan ialah Pengkalan Chepa. 

Merupakan sebuah sub bandar yang terletak di kawasan Kemumin. 

Selain itu juga Pengkalan Chepa juga terkenal dengan pelbagai pusat industri serta pusat utama Kerajaan, antaranya ialah Maktab Pendidikan Guru, Ibu Pejabat Polis,  Markas Tentera dan Pusat Pendidikan.

Disini juga terletaknya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra iaitu lapangan terbang utama di Kelantan. 

Dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. 

Terminal ini dibina kerana terdapat pertambahan peningkatan pelancong yang sering datang ke Kelantan.

Kalau anda nak datang ke Kelantan tanpa menggunakan kenderaan sendiri boleh menaiki kapal terbang dan terus ke Pengkalan Chepa. 

Anda juga tidak perlu risau dengan perkhidmatan kereta sewa, Klezcar Pengkalan Chepa akan menguruskan untuk anda.

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

Pengkalan Chepa

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, dinamakan sempena Sultan Kelantan yang ke-28, iaitu Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra. 

Jom baca fakta menarik Lapangan Terbang No 5  yang paling sibuk di Semenanjung Malaysia!

1. Lokasi

Terletak lebih kurang 8 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu, ibu kota Kelantan. 

Berdekatan dengan pelabuhan utama menjadikannya pintu masuk utama ke pantai timur Semenanjung Malaysia. 

Lapangan terbang ini menyediakan penerbangan domestik di Malaysia serta beberapa destinasi antarabangsa yang terpilih.

Jarak yang dekat ini menjadikannya pilihan utama bagi pengunjung yang ingin menjelajahi destinasi-destinasi menarik di Kelantan, serta pulau-pulau peranginan seperti Pulau Perhentian dan Pulau Redang. 

Pilihan sewa kenderaan juga disediakan untuk mereka yang ingin menerokai kawasan tersebut dengan lebih bebas.

2. Fasiliti dan Perkhidmatan

Lapangan Terbang Pengkalan Chepa menawarkan pelbagai fasiliti dan perkhidmatan untuk keselesaan dan kemudahan penumpang. 

Mempunyai terminal moden yang dilengkapi dengan kemudahan untuk pengesahan tiket, kawalan imigresen, serta kaunter penerbangan dan perkhidmatan sewa kenderaan.

Terdapat kedai-kedai runcit dan restoran yang menawarkan pelbagai hidangan makanan dan minuman untuk keselesaan penumpang. 

Manakala bagi penumpang kelas premium pula terdapat lounge yang menyediakan keselesaan ekstra, makanan ringan dan kemudahan peribadi.

Tempat Makan Sedap Di Pengkalan Chepa

Pengkalan Chepa, Kelantan, bukan sahaja mempunyai kemudahan Lapangan Terbang, tetapi juga menawarkan pelbagai pilihan makanan sedap yang mencerminkan keunikan budaya dan rasa tempatan. 

Berikut adalah beberapa tempat makan yang terkenal dengan hidangan yang sedap di Pengkalan Chepa.

1. H Laksa

H Laksa

Jika anda penggemar laksa jangan lepaskan peluang untuk mencuba kedai H Laksa yang cukup popular di sini. 

Menyajikan hidangan laksa sebagai menu utama membuatkan kedai ini ramai orang. 

Kuah yang pekat dan likat menjadikan laksa ini satu tarikan utama. 

Rasa kuah yang pedas menambahkan lagi rasa kuah laksa ini. 

Rugi tak singgah makan sini jika anda datang ke Pengkalan Chepa!

2. D'niey Santai Cafe

2. D'niey Santai Cafe​

Kedai makan ini menawarkan hidangan western untuk anda. 

Bukan sahaja western malah mereka turut juga menyajikan hidangan makanan goreng untuk anda. 

Dengan harga serendah RM5 anda boleh menikmati makanan western disini. 

Selain itu ruang parking kereta juga mudah didapati disini. 

Ruang makan yang selesa cukup memberikan keselesaan makan disini.

3. Kedai Mee Celup Mama Padang Tembak

3. Kedai Mee Celup Mama Padang Tembak

Mee Celup memang dikatakan agak sinonim dengan Pantai Timur. 

Datang ke Pengkalan Chepa menu wajib untuk anda cuba ialah mee celup. 

Antara kedai yang menawarkan menu mee celup yang sedap ialah Kedai Mee Celup Mama Padang Tembak. 

Terletak di Jalan Padang Tembak, mee celup ini pasti membuatkan anda rasa tak sabar untuk merasai kenikmatannya.

Bukan sahaja menyajikan menu mee celup sebagai hidangan utama, malah mereka turut menyediakan hidangan makan panas bergoreng untuk anda. 

Rata-rata pelanggan yang pernah merasai hidangan disini memuji keenakan menu utama mereka. 

Datang berjalan di Pengkalan Chepa rugi tak cuba mee celup!

Perkhidmatan Sewa Kereta KLezcar

Jika merancang untuk datang berjalan-jalan ke Pengkalan Chepa tanpa menggunakan kereta anda sendiri, kami cadangkan anda menggunakan perkhidmatan sewa kereta dari Klezcar Pengkalan Chepa

Cawangan kami di Kelantan. 

Setibanya anda di Lapangan Terbang anda boleh terus mendapatkan kereta sewa pilihan anda dan nikmati perjalanan anda di Pengkalan Chepa dengan selamat dan lancar!

 

Kereta sewa KLezcar adalah perkhidmatan kereta sewa yang terbaik di Malaysia. 

Kami juga telah berkhidmat lebih 10 tahun dan mempunyai 120 cawangan di seluruh negeri, kemana sahaja anda ingin pergi pastikan KLezcar teman perjalanan anda.

4 Sebab Anda Wajib Sewa Kereta KLezcar

Ramai berpendapat sewa kereta ini banyak menggunakan kos dan agak mahal, sebilangan pula berpendapat sewa kereta ini berbaloi dan memudahkan. 

Bagi kami pula, semuanya mengikut kemahuan serta kehendak masing-masing serta kewangan anda. 

Berikut kami senaraikan 5 sebab kenapa anda wajib menggunakan perkhidmatan sewa kereta KLezcar di Pengkalan Chepa.

1. Tiada Had Pemanduan

Menggunakan kereta sewa kami, anda dibenarkan memandu tanpa limit. 

Jika anda ingin melawat selain daripada bandar Pengkalan Chepa juga dibenarkan hanya anda perlu memastikan kenderaan kami berada dalam keadaan yang baik dan juga enjin tidak terlalu panas.

2. Ruang Besar dan Selesa

Anda boleh memilih kereta sewa mengikut pilihan anda sendiri.

Sebelum itu pastikan juga sebelum anda memilih kereta sewa tentukan bilangan pemandu untuk memberikan keselesaan sepanjang perjalanan anda di Pengkalan Chepa.

3. Kurangkan Kos Penyelenggaraan

Dengan menaiki kereta sewa sewaktu ingin berjalan-jalan anda dapat mengurangkan kos penyelenggaraan kereta anda. 

Kereta sewa kami turut menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan yang baik serta keadaan enjin yang baik. 

Menggunakan perkhidmatan sewa kereta juga dapat mengurangkan tempoh perjalanan anda.

4. Pilihan Pelbagai Jenis Kereta

Jika tujuan anda untuk berjalan-jalan di Pengkalan Chepa, anda boleh memilih jenis kereta yang sesuai dengan jumlah penumpang anda. 

Selain itu juga anda boleh memilih kereta idaman anda untuk anda merasai pengalaman memandu. 

Seronok kan?

Jadi tunggu apa lagi jom dapatkan perkhidmatan sewa kereta kami sekarang!

Muat Turun Aplikasi Klezcar Klik Butang Di Bawah​

untuk buat tempahan Kereta Sewa