https://www.googletagmanager.com/gtag/js?id=AW-16468512327
Cars For Everyone, Anytime & Anywhere – KLezCar
Cars For Everyone, Anytime & Anywhere – KLezCar

5 Hidden Gems Di Tanah Merah, Kelantan Yang Perlu Anda Ketahui!

Tanah Merah

Pantai Timur Malaysia mempunyai keindahan alam semulajadi yang menakjubkan dan Tanah Merah di Kelantan tidak terkecuali. 

Tanah Merah merupakan 1 daripada 10 tanah jajahan pentadbiran Negeri Kelantan. 

Tanah Merah juga dikenali sebagai bandar kedua di Kelantan selepas Kota Bharu. 

Jajahan Tanah Merah ini merangkumi 3 daerah iaitu daerah Bukit Panau, daerah Ulu Kusial dan daerah Jedok. 

Untuk pengetahuan anda, Tanah Merah juga terdapat tempat yang menarik yang perlu anda tahu, mungkin tak ramai pelancong luar tahu mengenai tempat menarik ini. 

Tidak mengapa kali kami akan merungkaikan hidden gems di Tanah Merah untuk anda.ketahui. 

Jom jalan-jalan di Tanah Merah bersama KLezcar!

5 Hidden Gems di Tanah Merah

Mungkin tak ramai tahu Tanah Merah Kelantan mempunyai tempat menarik untuk dilawati. Berikut ialah 5 tempat menarik di Tanah Merah untuk anda.

1. Bukit Panau

Bukit Panau

Tersembunyi di dalam landskap yang menghijau, terdapat satu destinasi yang patut mendapat perhatian di Tanah Merah iaitu Bukit Panau. 

Jika anda mencari pengalaman luar biasa seperti keindahan alam dan pengembaraan alam semula jadi, Bukit Panau adalah tempat yang perlu ada dalam jadual perjalanan anda di Tanah Merah. 

Dengan ketinggian kira-kira 500 meter di atas paras laut, ia memberikan pemandangan yang menakjubkan termasuk kawasan pergunungan dan lembah yang menghijau yang sangat menenangkan mata. 

Untuk anda yang berminat dengan aktiviti mendaki Bukit Panau adalah salah satu tempat yang wajib anda kunjungi di Tanah Merah.

Bukit Panau di Tanah Merah, Kelantan, adalah destinasi yang sempurna untuk pencinta alam mencari pengalaman luar biasa di tengah-tengah keindahan semula jadi. 

Jika anda ingin menikmati perspektif baru Pantai Timur Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk menjelajahi kecantikan yang tersembunyi ini.

2. Pusat Rekreasi Lata Bijih

2. Pusat Rekreasi Lata Bijih​

Apabila anda mencari tempat untuk bersantai dan menikmati keindahan alam semula jadi yang menenangkan di Tanah Merah, Pusat Rekreasi Lata Telaga Bijih adalah destinasi yang wajib dikunjungi. 

Air terjun ini adalah salah satu keajaiban tersembunyi di Tanah Merah, dengan jalan yang melalui hutan tebal membawa anda ke pemandangan air terjun yang sungguh memukau.

Air terjun ini terletak di kawasan terpencil iaitu di Kampung Lawang, walaupun terletak di kawasan terpencil suasana air terjun ini menjanjikan suatu pemandangan yang menarik dan aktiviti yang menyeronokkan. 

Anda boleh melakukan aktiviti perkelahan bersama keluarga dan rakan-rakan di kawasan yang telah disediakan, merasai pengalaman memancing di kawasan berhampiran, atau sekadar berjalan-jalan menikmati udara segar dan kehijauan semula jadi.

Jika anda mencari ketenangan dan keindahan semula jadi, air terjun ini adalah pilihan yang tepat untuk anda. 

Jangan lepaskan peluang untuk meneroka dan menikmati kesejukan air terjun yang menenangkan di tengah-tengah alam semula jadi ini.

3. Jambatan Guillemard

3. Jambatan Guillemard

Apabila berkunjung ke Tanah Merah terdapat mercu tanda yang bukan sahaja mempunyai nilai sejarah, malah menawarkan pemandangan yang menakjubkan iaitu Jambatan Guillemard. 

Jambatan Guillemard menampilkan seni bina yang unik dengan hiasan klasik dan reka bentuk yang sungguh menarik perhatian. 

Merupakan jambatan keretapi terpanjang dan tertua kedua di Malaysia selepas Jambatan Victoria di Perak.

Dengan laluan gerbang elegan yang mengukir langit, ia memberikan pemandangan luar biasa tatkala matahari terbit atau terbenam. 

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah anda boleh berjalan-jalan santai di sepanjang jambatan, merasai angin sepoi-sepoi bahasa dan mengambil gambar-gambar yang menakjubkan sebagai kenangan.

Kunjungan ke Jambatan Guillemard menawarkan pengalaman yang menyentuh jiwa dan menjadikan kunjungan anda ke Tanah Merah lebih bermakna.

Jangan lepaskan peluang untuk menerokai keunikan dan daya tarikan yang terdapat di Jambatan Guillemard.

4. Lata Hujan, Gual Ipoh

4. Lata Hujan, Gual Ipoh​

Dikenali sebagai destinasi tersembunyi yang menawarkan keindahan air terjun yang luar biasa, Lata Hujan pastinya akan memukau hati anda dengan pemandangan semula jadi yang cantik. 

Air terjun ini berketinggian kira-kira 70 meter, mencipta panorama dan pemandangan yang menakjubkan. 

Sepanjang perjalanan, anda akan disajikan dengan pemandangan yang menarik dan tarikan semula jadi yang sangat memukau. 

Lata Hujan adalah tempat yang sesuai untuk melarikan diri dari kesibukan bandar dan melibatkan diri dalam keindahan alam semula jadi. 

Jangan lepaskan peluang untuk menerokai Lata Hujan dan menerokai keunikan alam semula jadi yang ditawarkannya.

5. Putera Valley Resort

5. Putera Valley Resort​

Jika anda mencari tempat penginapan yang menggabungkan keselesaan, kemewahan dan keindahan alam semula jadi di Tanah Merah, Putera Valley Resort adalah destinasi yang perlu ada dalam jadual perjalanan anda di Tanah Merah. 

Terletak di tengah-tengah alam semula jadi yang sejuk dan hijau, resort ini menawarkan pengalaman menyeronokkan yang sesuai untuk pelancong yang mencari ketenangan dan kemewahan.

Dikelilingi oleh kehijauan bukit dan alam semula jadi, Putera Valley Resort menawarkan pemandangan yang menenangkan dan menakjubkan. 

Anda boleh merasai ketenangan dan kedamaian sambil menikmati pemandangan matahari terbit atau terbenam yang indah dari resort ini. 

Jika anda ingin merasai ketenangan alam sambil menikmati keselesaan, Putera Valley Resort adalah pilihan tepat untuk anda.

Jom Jalan Di Tanah Merah Bersama Klezcar

Perjalanan anda dalam mencari hidden gems di Tanah Merah menjadi bertambah lancar dan menarik apabila anda menggunakan perkhidmatan kereta sewa dari Klezcar. 

Setibanya anda di Kelantan anda boleh dapatkan kereta sewa KLezcar Tanah Merah, dan nyatakan pickup point anda untuk kami menghantar kereta sewa pilihan anda. 

Kereta sewa KLezcar mempunyai lebih daripada 2000 jenis kereta yang anda boleh pilih mengikut keselesaan penumpang atau keluarga anda. 

Anda juga boleh pilih kereta yang anda inginkan selama ini. Terdapat lebih 130 cawangan yang ada di seluruh Malaysia.

Kelebihan Menyewa Kereta di KLezcar

Dalam mencari kereta sewa yang berkualiti, anda perlu melakukan sedikit kajian mengenai syarikat perkhidmatan kereta sewa dan juga mendapatkan maklum balas pelanggan di Google review supaya anda nampak lebih jelas. 

Berikut kami senaraikan kelebihan anda menyewa kereta di Klezcar sebagai panduan anda dalam memilih kereta sewa yang terbaik.

1. Mencuba Dahulu Kereta Sewa

Anda dapat mencuba memandu atau test drive kereta sewa pilihan untuk mengetahui prestasi enjin kereta, kestabilan stereng kereta dan mendengar jika terdapat bunyi pelik ketika anda memandu. 

Ini penting supaya anda tidak berasa tertipu dengan keadaan kereta setelah anda memandu kelak.

2. Kebersihan Kereta Sewa

Dengan menggunakan kereta sewa dari Klezcar, kami mementingkan kebersihan luar dan dalam kereta. 

Tiada sebarang habuk yang terdapat dalam kereta. 

Kami juga memastikan kereta kami dalam keadaan yang wangi supaya pemandu atau penyewa kereta kami selesa dalam pemanduan mereka.

3. Menghargai Pelanggan

Kami di Klezcar sangat menyantuni serta menghargai pelanggan kami. 

Setiap tempahan kali pertama anda akan mendapat diskaun sebanyak RM10 melalui Google Play dan App Store

Kami juga memberikan anda kemudahan dalam menempah kereta, anda boleh menempah kereta secara online dan cawangan terdekat seperti KLezcar Tanah Merah akan terus membantu anda. 

Jadi tunggu apa lagi jom tempah kereta sewa kami tanpa keraguan!

Muat Turun Aplikasi Klezcar Klik Butang Di Bawah​

untuk buat tempahan Kereta Sewa