Sejarah
Syarikat Toyota telah mengeluarkan kereta MPV bagi pasaran Jepun untuk bersaing dengan kereta Elgrand dari Nissan dan juga Elysion dari Honda.Kereta MPV ini diberi nama Alphard iaitu bersempena nama bintang paling cerah dalam Constellation Hydra.Pertaruhan Toyota Alphard dalam pasaran Jepun bagi kereta ini membuahkan hasil apabila mendapat jualan tertinggi bagi kategori kereta MPV di negara tersebut.
Keluaran pertama MPV Toyota iaitu Toyota Alphard merupakan kereta mewah yang dihasilkan pada tahun 2002 bagi pasaran Jepun.Ia juga meluas ke pasaran luar seperti Bahrain,Belarus,Hong Kong,Oman,Macau,Sri Lanka,Greater China dan Southeast Asia.
Pada tahun 2006,Royal Lounge Alphard dihasilkan versi mewah, yang dikhususkan hanya kepada pengedar “Toyopet Store” di Jepun.Toyota juga menghasilkan satu lagi model lasak(sportier) Alphard,iaitu diberi nama Vellfire yang dikhususkan untuk pengedar “NETZ Store” sahaja.
Design
Alphard dan Vellfire kini dipasang dengan suspensi jenis double wishbone untuk roda belakang. Di samping sunroof, moon roof dan banyak lagi ciri yang cukup mewah.
Walaupun kedua-dua model memiliki persamaan dan reka bentuk bersama perwatakan yang kuat, tema reka bentuk adalah berbeza; Toyota Alphard serba baharu adalah ‘Berani Gemilang’ (Bravely Magnificent) manakala Toyota Vellfire serba baharu memaparkan rupa ‘Keberanian dan Tidak Gentar’ (Bold and Fearless). Masing-masing model itu memiliki ciri-ciri pengayaan yang memberikan, meskipun sekilas pandangan, dan bentuk teguh yang dizahirkan pada badannya, memisahkan dari rupa kotak MPV tradisional.
Kereta Hybrid Alphard boleh menghasilkan sehingga 1500 watt dan dilengkapi pengeluaran kuasa 100-volt AC biasa,yang mana membolehkan pelbagai peralatan seperti computer riba dan lampu kecemasan.
Kereta Generasi Kedua
Untuk generasi kedua ini,Alphard line-up telah diperluaskan menjadi dua varian reka bentuk yang berbeza-Alphard dan Vellfire.Menurut kenyataan akhbar Toyota,Alphard digambarkan memiliki reka bentuk yang elegan dan canggih manakala Vellfire menekankan kekuatan dan keperibadian yang kuat.Kedua-dua model itu dijual melalui saluran pengedaran berasingan,dengan Alphard dijual oleh rantai pengedar Toyota Toyopet manakala Vellfire dijual di rantai peniaga Netz yang beroientasikan Toyota.
Kuasa Enjin
Alphard Hybrid yang bersaiz penuh memenuhi syarat sebagai Kenderaan Pelepasan Ultra Rendah(ULEV),mencapai paras pelepasan 75% lebih rendah daripada tanda aras kerajaan Jepun tahun 2000.Enjin petrol 2.4L telah dibangunkan khusus untuk dingunakan dalam system hybrid Toyota dan mempunyai kitaran nisbah pengembangan tinggi yang meningkatkan kecekapan dan mengurangkan geseran.
Vellfire yang hadir dalam satu varian sahaja pula dilengkapi enjin 2.5 liter empat silinder dengan ciri Dual VVT-i. Output kuasa maksimumnya ialah 32kW/180PS dan tork 235Nm. Enjin baharu itu dipadankan dengan transmisi CVT (continuously-variable transmission) tujuh kelajuan.
Keselamatan
Sistem keselamatan aktif dan pasif standard untuk kedua-dua MPV mewah ini termasuklah tujuh beg udara SRS, ABS dengan Electronic Brake-force Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Vehicle Stability Control (VSC) dan Traction Control.
Kereta Sewa KLEZCAR
Bagi Syarikat KLEZCAR yang menawarkan kereta sewa murah dalam Malaysia mempunyai kereta Alphard dan Vellfire untuk disewa di beberapa cawangan KLEZCAR.Dengan harga yang berpatutan iaitu RM 550.00/Alphard 2.4(A),RM 1500.00/Alphard 2.5(A) dan RM600.00/Vellfire untuk sewaan sehari yang mana ia memberikan nilai value dalam setiap sewaan anda.Kenapa perlu beli kereta berharga RM350K-RM400K jika dapat merasai pemanduan kereta mewah dengan hanya melaburkan RM550.00-RM1500.00 sehari.Lagipun bukanya ia dingunakan setiap hari,mungkin hanya bagi melakukan urusan rasmi syarikat melibatkan aktiviti luar,balik kampung dan melakukan perjalanan riadah bersama keluarga sahaja.Diskaun juga akan diberikan kepada pelanggan jika mempunyai Eazy Card(Klik Sini) atau menyewa melebihi 2 hari.
Cawangan KLEZCAR yang menawarkan Sewaan Vellfire dan Alphard
Bagi Kereta Vellfire;
Bagi Kereta Alphard;
Anda juga boleh mencari kawasan yang kami tawarkan sewaan kereta Alphard dan Vellfire dengan membuka link ini. Klik Sini.
Membuat Tempahan Kereta
Bagi sebarang tempahan kereta dapat dilakukan dengan 3 cara.Cara pertama melalui tempahan online website KLEZCAR dengan mengisi ruang yang disediakan.Keduanya melalui talian panggilan sama ada talian hotline atau talian cawangan KLEZCAR.Cara terakhir adalah melalui tempahan terus ke mana-mana cawangan terdekat dengan anda.Untuk tempahan terus ke cawangan KLEZCAR,kami tidak galakkan ia dilakukan kerana akan menyukarkan kami melakukan persediaan kereta terlebih dahulu ataupun jenis kereta yang dihendaki anda telah ditempah semuanya oleh pelanggan lain.
Jika inginkan maklum balas yang cepat dari kami,tekan gambar di bawah ini serta berikan sekali nombor telefon dan lokasi anda mahu sewa …
EAZY CARD & FEEDBACK KLIK SINI
Artikel Lain Yang Menarik:
Tempahan Segera klik sini, berikan telefon nombor dan lokasi anda