5 Tips Dalam Mencari Syarikat Kereta Sewa Terbaik

Bukan senang kita nak mencari syarikat yang menawarkan perkhidmatan sewa kereta sekarang ini, nak lagi pula sekarang ini sudah banyak yang menawarkan perkhidmatan syarikat kereta sewa ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.

 

Tak kisah lah apa pun tujuan anda sama ada urusan pekerjaan, melancong atau pelbagai lagi anda pasti ingin mencari syarikat kereta sewa terbaik untuk tujuan anda. 

Memang terdapat banyak syarikat kereta sewa di luar sana, tapi ia akan menjadi mimpi ngeri jika anda tersilap dalam memilih syarikat kereta sewa.

 

Dalam artikel kali ini kami akan membantu anda dalam mencari syarikat kereta sewa yang terbaik bagi keperluan tujuan anda, jadi jangan risau dan keliru selepas ini jika anda ingin mencari syarikat kereta sewa terbaik dalam Malaysia.

5 Tips Syarikat Kereta Sewa Terbaik

Bagi mengelakkan anda keliru dan tidak tahu mana syarikat kereta sewa yang sesuai mengikut pilihan anda, teruskan membaca artikel ini kerana kami akan membantu anda dalam memberikan 5 tips yang terbaik dalam memilih syarikat kereta sewa terbaik

1. Ulasan Pelanggan

Perkara pertama yang anda perlu lakukan dalam mencari syarikat kereta terbaik ialah melihat ulasan pelanggan yang pernah menggunakan kereta sewa mereka. 

Maklum balas yang diberikan oleh pelanggan terdahulu sangat penting untuk anda menilai sebelum anda membuat keputusan.

 

Ulasan ini akan memberi sedikit gambaran tentang pengalaman pelanggan lain dengan syarikat, termasuk perkhidmatan, keadaan kereta dan harga. 

Pastikan anda membaca seberapa banyak ulasan pelanggan untuk memastikan anda berpuas hati.

2. Bandingkan Harga

Dah jumpa syarikat kereta sewa yang memenuhi kehendak anda?

Sabar dahulu, pastikan anda membandingkan harga di setiap syarikat kereta sewa yang berbeza.

Anda perlu tahu juga hal yang lain seperti insurans, had perjalanan dan caj tambahan yang dikenakan, bukan sekadar mereka tawarkan harga yang murah.

Penting untuk anda ambil tahu semua ini. 

Ini kerana terdapat juga syarikat yang hanya menawarkan harga murah tetapi dengan keadaan kereta sewa yang sangat tidak memuaskan.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, penting untuk anda membuat semakan berkali-kali dengan syarikat sewa kereta pilihan anda.

3. Semak Kadar Insurans

Tips ini paling penting untuk anda semak dengan syarikat sewa kereta. 

Semak jenis insurans yang disediakan oleh pihak syarikat sewa kereta. 

Sila pastikan anda memahami tahap perlindungan yang diberikan dan pertimbangkan juga jika anda ingin dapatkan perlindungan insurans tambahan untuk melindungi anda dan keluarga jika perlu.

4. Semak Terma dan Syarat

Sebelum membuat tempahan, baca dan fahami syarat dan terma penyewaan dengan teliti. 

Ini termasuk had umur, caj pembatalan dan peraturan lain yang mungkin mempengaruhi penyewaan anda. 

Pastikan anda bersetuju dengan semua syarat sebelum membuat tempahan. 

Semak berulang kali, jika ada beberapa butiran yang tidak difahami digalakan untuk bertanya sekali lagi bagi perkara yang tidak diingini berlaku setelah mendapat kereta kelak.

5. Buat Tempahan Awal

Pastikan anda membuat tempahan awal dengan syarikat sewa kereta yang telah anda pilih. 

Pastikan anda mengesahkan tempahan anda sebelum keluar dan dapatkan pengesahan yang diperlukan. 

Semak sekali lagi dengan staf mereka untuk semua keperluan yang anda ingin dalam kereta sewa yang anda pilih.

KLezcar Kereta Sewa - Rangkaian di Seluruh Malaysia

Dengan rangkaian yang luas merentasi seluruh negara, Klezcar telah menjadi pilihan utama untuk individu dan syarikat yang mencari perkhidmatan kereta sewa yang boleh dipercayai. 

Terdapat lebih 130 cawangan di seluruh Malaysia. 

 

Mempunyai lebih daripada 2000 buah kereta yang anda boleh pilih mengikut bajet serta keinginan anda. 

Anda juga boleh mengumpul mata point Eazypoint dengan melalui tempahan kereta anda dengan kami. 

Kumpul mata EazyPoint dan berbelanja dengan hemat. 

 

Kami juga akan memastikan semua kenderaan kami dalam keadaan yang memuaskan dan selamat sebelum dihantar kepada pelanggan kami. 

Nak tahu tak kenapa KLezcar adalah perkhidmatan kereta sewa terbaik di Malaysia? 

Jom kami kongsikan.

5 Sebab KLezcar Syarikat Sewa Kereta Terbaik

Mempunyai rangkaian syarikat kereta sewa terbesar di Malaysia membuatkan Klezcar adalah sebuah syarikat yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dalam memilih kereta sewa. 

Ini 5 sebab kenapa KLezcar adalah syarikat sewa kereta terbaik.

1. Keadaan Kereta Bersih Luar dan Dalam

Kami akan pastikan keadaan kereta bukan sahaja di luar malah di dalam kereta juga bersih dan wangi supaya pelanggan kami merasakan keselesaan sepanjang berjalan dengan kereta sewa kami. 

Tiada juga bau yang kurang enak di dalam kereta, kami akan memasang pewangi kereta untuk memberikan udara yang baik untuk anda.

2. Test Driving Dibenarkan

Kami juga membenarkan anda untuk test drive kereta sewa yang telah anda pilih sebelum anda setuju. 

Ini untuk memastikan anda mengetahui prestasi keadaan kereta sewa dalam keadaan yang baik antaranya ialah bunyi enjin kenderaan dan kestabilan stereng kereta semasa memandu.

3. Jaminan dari KLezcar

Jaminan ini penting untuk menunjukkan kesungguhan sesebuah syarikat kereta sewa dalam menjaga kualiti dalam perkhidmatan mereka terhadap pelanggan mereka. 

Antara jaminan yang kami tawarkan kepada pelanggan kami adalah jaminan ganti rugi dan juga jaminan insurans. 

Tidak semua syarikat sewa kereta yang memberi anda jaminan, jadi ingat pilih yang terbaik untuk anda dan keluarga.

4. Menghargai Pelanggan

Kami sentiasa menghargai pelanggan kami. Tanpa anda KLezcar tidak akan berjaya hingga kini. 

Kami memberi harga diskaun kepada pelanggan tetap dan juga pelanggan baru kami. 

Setiap jenis kereta sewa yang anda pilih kami akan memberi mengikut kesesuaian bajet anda serta jumlah penumpang. 

Boleh dikatakan kami merupakan syarikat sewa kereta yang berpatutan di Malaysia. 

 

Tiada harga tersembunyi dari pihak kami, anda bayar mengikut yang dipersetujui dan paling menarik Zero Deposit. 

Kami tidak akan minta sebarang deposit dari anda, ini kerana kebanyakan syarikat kereta sewa yang anda memerlukan anda membayar deposit terlebih dahulu sebelum mengambil kereta. 

Anda boleh semak harga sewa kereta kami disini.

5. Mempunyai Pengalaman Luas Dalam Bidang Sewa Kereta

Dengan KLezcar anda tidak perlu ragu-ragu lagi dengan perkhidmatan kami, ini kerana kami mempunyai pengalaman yang luas dalam perkhidmatan sewa kereta. 

Kami juga memahami masalah anda dalam penyewaan kereta. Jika terjadi perkara yang tidak diingini berlaku semasa dalam penyewaan kereta dengan secepat yang mungkin kami akan membantu anda dalam menyelesaikan masalah. 

Dah tahu kan kenapa KLezcar adalah syarikat rangkaian terbesar di Malaysia, bukan itu sahaja KLezcar juga mempunyai sebab yang terbaik kenapa anda wajib menjadikan pilihan pertama dalam mencari syarikat sewa kereta. 

Apa tunggu lagi jom sewa kereta dengan kami!

Muat Turun Aplikasi Klezcar Klik Butang Di Bawah​

untuk buat tempahan Kereta Sewa