Memandu kereta sewa di jalan raya boleh menjadi pengalaman yang seronok tetapi ia juga memerlukan tanggungjawab yang tinggi terhadap keselamatan diri sendiri, penumpang, dan pengguna jalan raya yang lain.
Anda mungkin memilih kereta sewa untuk pelbagai tujuan, sama ada untuk tujuan pekerjaan,, percutian atau kegunaan peribadi.
Namun, tidak kira apa sekali tujuannya penting untuk memahami bahawa anda berkongsi jalan raya dengan pemandu lain yang mempunyai pelbagai tahap pengalaman dan gaya memandu.
Artikel kali ini bertujuan untuk memberikan anda pendedahan dan tips yang boleh membantu anda memandu kereta sewa di jalan raya dengan selamat dan terhindar dari sebarang risiko Mengambil kira beberapa aspek seperti kefahaman tentang kereta sewa, keselamatan, peraturan jalan raya, dan etika pemandu adalah penting.
4 Panduan Memandu Kereta Sewa Di Jalan Raya
Memandu kereta sewa di atas jalan raya memerlukan kecekapan dan kepekaan terhadap tanggungjawab anda sebagai pemandu kereta sewa.
Berikut adalah lima tips untuk memandu kereta sewa dengan selamat dan bertanggungjawab di atas jalan raya.
1. Kenal Jenis Kereta Sewa
Mengenali dan memahami kereta sewa adalah langkah penting untuk memastikan keselamatan dan keselesaan semasa memandu.
Sebelum memulakan perjalanan, ambil masa untuk memeriksa kenderaan dan mengenali ciri-ciri utama kereta sewa yang telah anda pilih.
Periksa adakah kereta sewa dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti airbag, tali pinggang keselamatan, dan sistem anti-peluncuran (ABS).
Ini adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian, terutamanya jika anda membawa penumpang bersama anda.
Pastikan anda tahu dimana brek tangan atau suis brek tangan berada.
Ini kerana setiap jenis kereta mempunyai pelbagai tempat brek yang ada, bagi mengelakkan anda keliru semak dimana letaknya brek tangan
Satu lagi perkara yang perlu anda ambil kira ialah suis isyarat, sama seperti brek tangan, suis isyarat juga berbeza peletakannya untuk setiap jenis kereta.
2. Mematuhi Peraturan Jalan Raya
Mematuhi pada peraturan jalan raya adalah kunci untuk memandu dengan selamat, terutamanya apabila memandu kereta sewa iaitu kereta yang anda tidak biasa untuk memandu.
Sentiasa berhati-hati semasa pemanduan adalah sangat penting untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Pastikan anda mematuhi had laju yang ditetapkan. Setiap jalan raya mempunyai had maksimum yang dibenarkan di sesuatu jalan atau lebuh raya.
Mengikut had laju adalah penting untuk mengelakkan kemalangan dan mengurangkan risiko cedera.
Sentiasa mengikut isyarat lalu lintas. Ini termasuk isyarat lalu lintas seperti isyarat berhenti, lampu isyarat, dan isyarat lain yang mungkin anda jumpa semasa memandu.
Sentiasa beri keutamaan kepada pemandu lain mengikut isyarat yang ditetapkan.
3. Elakkan Bermain Telefon Bimbit
Jangan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
Telefon bimbit dapat menyebabkan gangguan dan mengurangkan perhatian anda terhadap jalan raya.
Gunakan peranti hands-free jika perlu berkomunikasi.
Sekiranya anda perlu menggunakan telefon dengan lebih penting atau melakukan panggilan yang lama, sebaiknya hentikan kereta di tempat yang selamat seperti tempat letak kereta atau di tepi jalan.
4. Memahami Polisi Kereta Sewa
Pastikan anda memahami polisi penghantaran dan pembayaran kereta sewa. Ini termasuk tempoh sewaan, caj pemulangan lewat dan syarat lain yang mungkin dikenakan.
Pastikan anda memahami tempoh penyewaan dan caj yang berkaitan dengan pemulangan kenderaan jika lambat.
Beberapa syarikat sewaan kereta boleh mengenakan caj pemulangan lewat jika anda mengembalikan kereta sewa mereka lewat daripada yang dijanjikan.
Pastikan anda tahu berapa caj pemulangan lewat yang dikenakan dan cuba mengembalikan kenderaan pada masanya.
Semak tempoh masa sewaan kereta anda.
Dasar sewa kereta boleh berbeza antara syarikat, dan ada pilihan untuk menyewa kereta untuk satu hari atau lebih.
Pastikan anda tahu tempoh sewaan anda sebelum memulakan perjalanan.
6 Sebab Kenapa Kereta Sewa KLezcar Adalah Terbaik
Mencari kereta sewa yang terbaik dan berkualiti pada masa sekarang memang boleh rambang mata.
Tapi jangan risau kami akan berikan sebab kenapa KLezcar adalah perkhidmatan sewa kereta yang terbaik dari segi pemanduan di atas jalan raya. Jom semak!
1. Mencuba Dahulu Kereta Sewa
Anda dapat mencuba memandu atau test drive kereta sewa pilihan untuk mengetahui prestasi enjin kereta, kestabilan stereng kereta dan mendengar jika terdapat bunyi pelik ketika anda memandu.
Ini penting supaya anda tidak berasa tertipu dengan keadaan kereta setelah anda memandu kelak dan anda berpuas hati dengan keadaan kereta sewa yang anda pilih.
2. Kebersihan Kereta Sewa
Dengan menggunakan kereta sewa dari Klezcar, kami mementingkan kebersihan luar dan dalam kereta. Tiada sebarang habuk yang terdapat dalam kereta.
Kami juga memastikan kereta kami dalam keadaan yang wangi supaya pemandu atau penyewa kereta kami selesa dalam pemanduan mereka.Ini supaya pelanggan kami bukan sahaja selamat bahkan berasa selesa semasa memandu kereta sewa kami.
3. Menghargai Pelanggan
Kami di Klezcar sangat menyantuni serta menghargai pelanggan kami.
Setiap tempahan kali pertama anda akan mendapat diskaun sebanyak RM10 melalui Google Play dan App Store.
Bukan itu sahaja, kami juga menyediakan diskaun atau potongan harga kepada pelanggan kami jika terdapat sebarang hari perayaan atau promo.
Bagi kami pelanggan adalah keutamaan kami
4. Pelbagai Kaedah Pembayaran
Terdapat pelbagai kaedah pembayaran yang ada telah disediakan bagi memudahkan pelanggan kami, Antaranya ialah pembayaran secara online, kad kredit, e-wallet dan melalui aplikasi kami.
Kami mengamalkan konsep cashless untuk memudakan lagi urusan.
Anda boleh memilih kaedah pembayaran yang sesuai dengan anda tanpa membawa sebarang tunai di tangan.
5. Mempunyai Pengalaman Luas Dalam Bidang Sewa Kereta
Dengan KLezcar anda tidak perlu ragu-ragu lagi dengan perkhidmatan kami, ini kerana kami mempunyai pengalaman yang luas dalam perkhidmatan sewa kereta.
Kami juga memahami masalah anda dalam penyewaan kereta.
Jika terjadi perkara yang tidak diingini berlaku semasa dalam penyewaan kereta dengan secepat yang mungkin kami akan membantu anda dalam menyelesaikan masalah.
6. Zero Deposit
Kebiasaannya syarikat sewa kereta yang lain akan meminta deposit sebagai cagaran sewaan kereta jika terjadi perkara yang tidak diingini.
Tidak bagi kami, kami tidak akan meminta sebarang deposit kepada anda, anda hanya perlu bayar jumlah kereta sewa yang anda inginkan, pilih kereta, ambil dan pandu kereta sewa kami dengan tenang.
Sedang mencari sewa kereta?
Sewa je dengan KLezcar!
Cara tempah secara online